Bawa kesemua wang perbelanjaan dalam bentuk tunai semasa bercuti ada buruk dan baiknya. Yang buruknya, risiko menjadi mangsa penyeluk saku adalah tinggi dan yang baiknya kita tidak perlu bersusah payah mencari mesin ATM sekiranya tidak cukup wang tunai.
Di Bali, ada trick penipuan yang terbaharu dengan menggunakan mesin ATM. Banyak mesin ATM di Bali didapati rosak dan boleh menarik wang terus daripada akaun bank pelancong.
Pelancong dari Australia telah memberikan amaran kepada pelancong yang ingin menggunakan mesin ATM di Bali supaya menggunakan mesin yang berada di dalam kawasan bank sahaja.
Ini kerana beberapa mangsa yang terkena kehilangan kesemua wangnya (ribuan dolar) daripada akaun bank mereka setelah melakukan cubaan mengeluarkan wang daripada mesin ATM di pasar raya mini.
Taktiknya, setelah kad anda ditelan, tiada apa-apa tulisan di paparan di monitor mesin dan kad gagal dikeluarkan. Kemudian bila anda bertanyakan kepada pemilik kedai, mereka akan menyuruh anda memasukkan nombor pin akaun bank anda untuk dapatkan kad.
Pada ketika itulah para scammer akan menjalankan kerjanya; melakukan transaksi daripada kesemua baki yang ada di dalam akaun ada atau pun mencapai nilai transaksi pada satu hari.
Tetapi transaksi anda tetap gagal, wang dan kad yang ingin anda keluarkan masih lagi tidak dapat dikeluarkan. Namun apabila diperiksa, kesemua baki dalam akaun anda sudah lesap atau hilang sebahagiannya.
Profesor Allan Manning memberikan amaran keras kepada pelancong supaya jangan pernah memasukkan kad bank anda di mana-mana mesin ATM selain daripada yang berada di bank kerana kebanyakan mesin ATM di pasar raya mini di Bali telah dibina secara haram.
Sumber: Daily Mail
Port dating paling menarik.
Milk Moustache Cafe [Full Version] – Jajjangmyun dan Pelbagai Masakan Korea #CubaRasa…
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.