Tinggal beberapa hari sahaja lagi musim durian akan habis. Bagi penggemar durian, pasti tidak akan mensia-siakan peluang untuk melepaskan gian mereka ketika raja buah itu mudah didapati.
Tiba musim durian ini, ramai penggemar durian akan berkongsi hasil ‘tangkapan’ mereka di media sosial masing-masing. Begitu juga dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Ciapan laman sosial Twitter milik baginda mendapat perhatian netizen apabila baginda memohon maaf kerana makan durian menggunakan sudu dan garfu.
“Saya minta maaf, sejak kecil lagi diajar oleh Tok saya, makan durian pakai camca garfu supaya tangan tak berbau ….. begitu juga dgn rambutan, siap dikupas dan dihiris …. manggis juga begitu,” tulis baginda.
Tunku Azizah menghantar ciapan sekeping gambar seulas durian bersama sudu dan garfu yang mendapat perhatian netizen.
https://twitter.com/cheminahsayang/status/1146931977074819072
Ciapan yang dimuat naik bersama gambar seluas durian yang diletakkan di dalam pinggan bersama dengan sudu dan garfu mendapat 2950 ulang kicau dan 5112 sukaan.
Dalam ciapan lain, baginda berjenaka dengan menggambarkan, jika makan durian pakai tangan mungkin baginda boleh makan tiga biji durian dan bukannya tiga ulas.
https://twitter.com/cheminahsayang/status/1147031720782249984
https://twitter.com/cheminahsayang/status/1147032320991346688
Rata-rata netizen memberi reaksi positif terhadap perkongsian Tunku Azizah yang dianggap sebagai satu tip bermanfaat untuk penggemar durian.
Tunku Azizah merupakan penggemar durian selepas tular satu video baginda bersama pengiringnya mencari durian di tepi jalan ketika waktu malam tanpa sebarang protokol.