Sanggup Beratur Demi Teh Boba Tanda Tiada Keyakinan Diri – Perunding

Trend teh boba yang dibawa masuk dari negara Taiwan ini dilihat mendapat sambutan yang sangat baik dalam kalangan penduduk Malaysia, terutamanya daripada golongan muda.

BACA: Remaja Alami Sakit Perut Rupanya ‘Simpan’ Lebih 100 Biji Pearl Teh Boba Dalam Badan

Walaupun sudah ramai pakar kesihatan memberitahu bahayanya teh boba ini pada kesihatan tubuh kerana kandungan yang tinggi gula, masih ramai yang sanggup beratur panjang semata-mata mahu mendapatkan secawan teh boba.

Di Jepun, sudah ada beberapa buah kedai teh boba yang dibuka sejak beberapa tahun lepas antaranya The Alley Luiiaoxing dan CoCo Fresh Tea & Juice.

Seorang pengarah daripada sebuah firma perundingan, Moeko Ohno memberitahu bahawa anak muda Jepun yang sanggup beratur demi mendapatkan secawan teh boba adalah sebagai golongan yang kurang keyakinan diri.

Trend Boba Teh

Apabila beliau melakukan pemerhatian, teh boba ini menjadi trend dalam kalangan anak muda bukan hanya kerana rasanya yang sedap dan manis tetapi juga kerana beberapa sebab lain.

Antaranya:

1. Tidak mahu rasa terpinggir.

Ada anak muda yang tidak mahu ketinggalan apabila orang sekeliling terutamanya yang rapat dengan mereka memperkatakan soal trend boba. Merasakan perkara tersebut akan jatuhnya keyakinan diri mereka menjadikan anak muda cuba untuk fit in dalam situasi tersebut.

BACA: Family Mart Ikut Trend ‘Bubble Tea’ Dengan Tawaran Harga Cuma RM4.90

2. Rasa selamat melakukan perkara yang ramai orang lain lakukan.

Bukan hanya menambah keyakinan diri mereka, malah cuba untuk memasuki trend teh boba mampu menjadikan mereka merasa ‘selamat’ kerana sudah berkumpulan.

Resipi Pearl Bubble

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat beliau. Namun inilah hakikatnya. Bermula daripada cuba mengikuti trend akhirnya menjadi tabiat yang sukar untuk dihakis.

BACA: SS15 Jadi Lubuk Sampah Cawan Plastik Teh Boba

Benar kan?

Sumber: Mothership.sg

Laguna memang tempat penginapan percutian terbaik kalau ke Kuala Terengganu.

Percutian Eksklusif Di Laguna Redang Island Resort, Terengganu

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.