Mereka yang bergelar social media influencer atau pengaruh media sosial sering kali mempunyai peluang mendapat makanan percuma sebagai pertukaran untuk mempromosi makanan yang mereka makan itu di media sosial.
Namun, bagi seorang peniaga aiskrim ini, Joe Nicchi tidak mahu lagi memberi aiskrim percuma kepada mereka yang menggelarkan diri sebagai influencer. Nicchi sudah muak malahan mengambil langkah untuk melipatgandakan harga aiskrim kepada mereka.

Peniaga aiskrim popular di Los Angeles, CVT Soft Serve telah memperkenalkan polisi baharu untuk mengenakan bayaran dua kali kepada golongan ini di laman Instagram aiskrim tular itu.
“Kami tidak kisah jika anda seorang influencer atau berapa ramai pengikut yang anda miliki. Kami tidak akan berikan aiskrim secara percuma sebagai pertukaran untuk post promosi di laman media sosial anda. Harga untuk satu kon aiskrim adalah 4 dolar (RM16.55), dan untuk anda, ianya kini berharga 8 dolar (RM33.10).”
https://www.instagram.com/p/BzV-nCBJyXG/?utm_source=ig_embed
Susulan itu, ramai yang memberi menyokong tindakan penjual aiskrim ini untuk menaikkan harga kepada mereka. Menurut Nicchi, produknya itu sememangnya sudah popular dan tidak memerlukan mereka untuk mempromosi lagi.
Peniaga itu juga mengkritik golongan ini yang meminta makanan percuma di restoran baharu.
Sumber: The Star