Terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan lagenda zaman terdahulu, Langkawi menjadi salah satu lokasi yang wajib dikunjungi pelancong asing apabila melancong ke Malaysia.
Tidak hanya menarik pelancong dari luar sahaja, Langkawi turut dikunjungi oleh rakyat Malaysia yang mahu lari daripada kesibukan kota. Antara waktu terbaik untuk merancang cuti anda ke Langkawi adalah pada bulan Januari hingga Mac dan yang kurang sesuai adalah sekitar September hingga awal November.
Terlalu banyak lokasi menarik yang boleh dikunjungi ketika berada di Langkawi antaranya Pantai Cenang, Pekan Kuah, Gunung Raya, Pulau Dayang Bunting, Pantai Tengah dan Oriental Village Langkawi.
Disebabkan terlampau banyak lokasi menarik yang boleh dikunjungi, kebanyakan daripada pelancong akan bangun seawal pagi untuk memanfaatkan sepenuhnya aktiviti waktu siang mereka dan pulang sekitar waktu senja ke bilik hotel.
Tapi bila dah sampai di hotel, perut pula lapar. Mahu keluar untuk membeli makanan pun sudah tidak larat disebabkan kepadatan aktiviti pada waktu siang. Macam mana nak buat? Takkan mahu berlapar pula?
Jangan risau. JetFood Langkawi sentiasa ada untuk menjadi penyelamat anda. Menawarkan perkhidmatan bermula jam 9 pagi sehingga 11 malam, JetFood akan menghantar pesanan makanan anda terus ke pintu hotel.
Apa pilihan yang ada ditawarkan JetFood? Banyak ke? Atau pun terhad?
Jangan risau. Bukan hanya tawarkan menu tempatan malah anda boleh lakukan pilihan sama ada mahu makan menu barat, Arab, piza atau pun Thai. Ahhh, boleh kata semua pun adalah! Cakap sahaja.
Mahal ke tidak untuk lakukan pesanan? Ini pun tak perlu risau. Pihak JetFood tawarkan harga perkhidmatan yang memang berbaloi dan sangat berpatutan. Tak akan ada unsur cekik darah punya.
Tak percaya? Bolehlah ‘cuba try test’ sekarang.
Untuk lakukan pesanan bolehlah hubungi pihak JetFood terus sahaja ke laman web rasmi mereka di SINI.
Anda juga boleh melakukan pesanan di laman media sosial mereka seperti Instagram dan Facebook.
Selamat mencuba. Ingat, jangan biarkan kelaparan menguasai anda.
Menu kegemaran. Sedap dia lain macam.
Review McDonald’s Chicken Foldover & Nasi McD [#MLTapao – MakanLena]
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.