Tonton Reaksi Warga Kota New York Cuba Mi Maggi Kari

Mi segera jenama Maggi merupakan mi segera yang paling popular di Malaysia, terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar. Ketika menghadapi kekangan kewangan, mi segera inilah yang menjadi teman baik bagi mengalas perut.

Bukan hanya menjadi kegemaran rakyat Malaysia, rupa-rupanya mi segera ini turut digemari oleh orang luar. Sehinggakan ada daripada mereka yang sanggup membeli mi segera ini untuk dibawa pulang ke negara asal mereka.

Orang asing cuba maggi 1

Seorang Youtuber, Xiaomanyc telah melakukan eksperimen di tengah kota New York. Beliau mengedarkan mi segera kari jenama Maggi kepada beberapa orang di sana dan mendapatkan maklum balas mengenainya.

Jom tonton video di bawah:

Tengok mereka makan, terbayang pula kesedapan mi segera ini. Walaupun sudah selalu dimakan, masih lagi rasa terliur melihat mereka.

Ahhh, balik ini mahu masak Maggi Kari lah!

Jiwa kental je mampu bertahan.

Kalavantin Durg – Berbahaya & Mendebarkan [#MLFeed – MakanLena]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.