Jom Sumbang Undian Anda Untuk Ajinatori, Satu-Satunya Kedai ‘Online’ Halal Di Jepun

Islam adalah kepercayaan agama yang paling minoriti dianut oleh masyarakat di Jepun. Kerana kurangnya pendedahan mengenai Islam berlakunya kekangan kepada komuniti Muslim berkunjung ke Jepun terutamanya daripada segi mendapatkan sumber makanan halal.

Dalam usaha memperkenalkan produk makanan halal di Jepun, sebuah syarikat kedai atas talian, Ajinatori telah ditubuhkan. Bermula pada Disember 2017, Ajinatori ada menyediakan pelbagai makanan halal termasuklah bekalan bahan basah seperti ayam dan daging serta makanan yang diproses seperti burger dan sosej.

Ajinatori Halal Jepun 1

Terpilih daripada lebih 40 ribu buah kedai atas talian di Jepun untuk menjadi calon penerima Anugerah Kedai Atas Talian Terbaik Di Jepun, Ajinatori memerlukan sumbangan undian anda untuk mencapainya.

Ajinatori terpilih kerana mereka merupakan satu-satunya syarikat atas talian yang menjual produk halal (Made in Japan) yang aktif menggunakan medium laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube sebagai platform mempromosi dan memasarkan produk.

Pengurus Ajinatori, GH Syukri merasakan ini adalah peluang terbaik untuk mereka memperkenalkan dan menonjolkan makanan halal kepada masyarakat Jepun secara menyeluruh sekiranya mereka berjaya memegang gelaran CHAMPION.

Jadi tidak perlukan sumbangan wang atau pun material lain, Ajinatori hanya memerlukan sedikit tenaga dan talian internet anda untuk lakukan undian. Mudah sahaja caranya:

  1. Pergi ke pautan INI.
  2. Klik pada butang berwarna merah seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam gambar di bawah.

Ajinatori Halal Jepun

  1. Untuk 1 hari anda boleh melakukan 1 undian.
  2. Undian dibuka sehingga 16 Julai 2019.

Setiap sumbangan undian anda kepada Ajinatori, beliau ucapkan terima kasih terlebih dahulu dan mendoakan agar Allah membalas segala kebaikan anda.

Jom sama-sama kita bantu. Terima kasih!

Sumber: GH Syukri

Apa faedah masuk sini ya?

Muzium Makanan Jijik Yang Pasti Buatkan Anda Muntah

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.