Cabaran ibu-ibu yang bekerja selepas pulang ke rumah adalah untuk memasak. Nak tak nak kena juga memasak, supaya keluarga dapat menikmati makanan yang sihat dan berkhasiat, air tangan daripada seorang ibu.
Tapi nak pilih menu makan malam memang mencabar juga. Nak masak apa boleh berfikir sampai sejam.
Apa kata cuba masak ayam panggang kentang berkeju ini. Sihat, sedap malah mudah pula nak masak.
Bahan-bahan:
*500gram isi dada ayam (potong dadu)
*2 biji kentang (belah empat)
*1/2 biji cili benggala merah dan hijau (potong dadu)
*1 biji bawang Holland (potong dadu besar)
*2 tangkai daun rosmary segar
*1 sudu teh serbuk thyme
*1 sudu teh chili flake
*1 sudu teh serbuk lada hitam
*4 sudu makan minyak zaitun
*2 sudu makan yogurt
*1/2 cawan parutan keju
*3 sudu minyak zaitun
*1/2 biji lemon (diperah jus)
*Garam dan gula secukup rasa
Cara masak:
1. Campurkan kesemua bahan (kecuali keju) ke dalam aluminium foil dan perap sekitar 15 minit di dalam peti sejuk.
2. Panaskan ketuhar dalam suhu 180 darjah celcius. Tabur keju ke atas perapan ayam, kemaskan balutan masukkan ke dalam ketuhar sekitar 15 minit.
3. Selepas 15 minit, keluarkan ayam dari ketuhar dan hidangkan.
Cubalah malam ini. Pasti anak-anak suka kerana rasanya yang sedap. Nak ratah begitu sahaja pun sedap.
Selamat mencuba!
Sumber: Rasa
Memang eksklusif layanan di Laguna Redang Island Resort ini.
Percutian Eksklusif Di Laguna Redang Island Resort, Terengganu
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.