Lebih Banyak ‘Terbang’ Di Lokasi Baharu Skytrex Sungai Congkak

Skytrex merupakan destinasi mengadakan aktiviti sukan lasak yang banyak bergantung dalam kawasan hutan. Pemain perlu melalui halangan yang agak mencabar seperti panjat tangga, meniti kayu, meniti tali, flying fox dan banyak lagi.

Sebelum ini, lokasi Skytrex ada di Langkawi dan Melaka manakala lokasi di Shah Alam ditutup sementara akibat musnah dilanda ribut. Anda yang duduk di tengah semenanjung Malaysia ini tidak perlu risau kerana Skytrex telah membuka lokasi baharunya di Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor.

Skytrex Sungai Congkak ini mempunyai keunikan tersendiri dengan membawa konsep bumi hijau buat pertama kali dan pastinya mampu menarik minat pengunjung khususnya golongan muda.

Skytrex Sungai Congkak

Apa yang membezakan Skytrex Sungai Congkak dengan lokasi Skytrex yang lain adalah di sini anda berpeluang bermain lebih banyak elemen flying fox yang mana ia lebih panjang dan mencabar berbanding cawangan lain.

Flying fox di sini mempunyai kepanjangan 100m pasti membuat anda ‘terbang’ merentasi sungai dengan sepuas hati untuk melepaskan stres seharian anda.

Skytrex Sungai Congkak
Sumber: FMT

Terdapat 3 pakej yang disediakan di Skytrex Sungai Congkak iaitu River Thrill, Rapid Extreme dan Double Dare.

Setiap pakej ini mempunyai 25 halangan berbeza dan ia mengambil masa sejam setengah untuk melengkapkan keseluruhan halangan yang ada. Jadi anda bolehlah pilih pakej mengikut kemampuan dan keyakinan anda.

Skytrex Sungai Congkak
Sumber: Skytrex

Skytrex Sungai Congkak mula beroperasi pada 1 Julai lalu. Bagi mereka yang ingin mencuba, anda boleh membeli tiket secara atas talian di laman web Skytrex untuk mendapatkan harga lebih murah yang ditawarkan sehingga 31 Ogos ini sebagai harga pengenalan.

Alamat: Batu 20, 1/2., Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor.