Aktiviti terjun lelabah atau lebih dikenali sebagai bungee jumping sangat popular dimainkan bagi peminat sukan lasak. Ia satu aktiviti mencabar tahap keberanian pemain dengan tali diikat pada kaki dan terjun dari suatu kawasan tinggi.
Walaupun ia memberi kepuasan kepada mereka yang menggemari aktiviti lasak ini, namun ada risikonya tersendiri. Sebuah rakaman menunjukkan tragedi seorang penerjun bungee terjatuh dari ketinggian 100 meter selepas tali pengikat terputus ketika dia berada di udara.
Kejadian berlaku di sebuah taman tema di Poland pada Ahad lalu mengakibatkan lelaki berusia 39 tahun itu mengalami kecederaan retak tulang belakang.
Rakaman menunjukkan mangsa dinaikkan pada ketinggian 100 meter ke udara menggunakan sebuah kren. Aksi terjunan bermula tetapi mangsa jatuh ke atas sebuah beg udara selepas tali pengikat pada kaki mangsa terputus.
Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Jurucakap taman tema itu berkata mangsa selamat tetapi mengalami keretakan tulang belakang dan beberapa organ dalamannya juga dilaporkan gagal berfungsi.
Last time he will be bungee jumping @morrissinghs pic.twitter.com/QyGUgKDQ2s
— D4VE (@D4VEH) July 22, 2019
Aktiviti sukan lasak tersebut merupakan satu-satunya bungee jumping yang ada di Poland, telah beroperasi selama 19 tahun. Mereka juga memberi jaminan bahawa peralatan yang mereka gunakan telah diperakui dan pengajar mereka berpengalaman.
Pada 24 Julai, pengendali aktiviti bungee jumping mengemaskinikan bahawa lelaki yang cedera itu telah keluar dari hospital.
Sumber: The Sun
Memang eksklusif layanan di Laguna Redang Island Resort ini.
Percutian Eksklusif Di Laguna Redang Island Resort, Terengganu
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.