Sukar sebenarnya mahu dapatkan menu ikan percik bakar di kedai yang rasanya sesedap homemade. Kadangkala sangat kecewa apabila menu yang dibeli dengan harga yang agak mahal namun kesedapan rasanya seperti dimasak dengan cara ‘asal ada’ sahaja.
Di sini kami kongsikan resipi mudah menu ikan percik juicy yang pastinya membuatkan anda tak toleh tempat lain!
Bahan perap ikan:
*5 ekor ikan kembung
**2 batang serai
**5 ulas bawang putih
**1 inci halia
**1 1/2 inci kunyit hidup
Cara masak:
1. Basuh bersih ikan dan kelar.
2. Kisar lumat bahan bertanda **, tambah 3/4 sudu besar garam dan 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal.
3. Lumur rata bahan kisar pada ikan dan perap selama 20 minit.

Bahan kuah percik:
*5 biji bawang merah kecil
*2 ulas bawang putih
*1/2 hiris nipis halia
*Secubit belacan
*1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)
Cara masak kuah percik:
1. Kisar lumat semua bahan dan masukkan ke dalam periuk.
2. Tambah 6 senduk santan (kotak atau asli daripada kelapa), 1 senduk air kosong, 1 1/2 sudu besar cili kisar (ikut tahap kepedasan).
3. Panaskan menggunakan api perlahan, perah sehiris limau nipis, masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam dan secubit perencah Hilal.
4. Kacau kuah dengan api sederhana besar dan tutup api selepas kuah mendidih.
5. Tuangkan kuah ke atas ikan yang sudah siap dipanggang kemudian bakar semula ikan dalam masa yang sekejap. Ulang langkah sama sebanyak dua kali untuk kuantiti kuah yang melekat pada ikan lebih tebal.

Tip: Jangan bakar ikar sehingga kering dan garing. Cukup sekadar daging ikan menjadi masak.
Mudah bukan. Selepas ini kalau ada aktiviti keluarga atau bersama rakan-rakan dalam kelompok yang ramai, bolehlah cuba buat. Selamat mencuba!
Sumber: Afy Al Habibi
Memang eksklusif layanan di Laguna Redang Island Resort ini.
Percutian Eksklusif Di Laguna Redang Island Resort, Terengganu
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.