Sebut sahaja Singapura, ramai yang akan terbayang kos yang mahal. Ramai yang tak sangka dengan hanya modal RM50+, mereka mampu melakukan percutian secara ‘day trip’ ke Singapura.
Tak percaya? Gadis ini sudah buktikan dengan modal RM50, beliau mampu melancong ke Singapura. Tapi kos ini hanya untuk mereka yang mahu ke Singapura untuk lihat-lihat sahaja.
🚊 JB Sentral – Woodlands CIQ (kereta api – 1 tiket sehala RM5)
🚍 Woodlands MRT – Woodlands CIQ – JB Sentral (bas – 1.50$)
•••
1. JB Sentral
– Sampai di JB Sentral jam 12.30 tengah hari, kami terus beli tiket di kaunter dan tukar mata wang di sana. Sebolehnya beli tiket keretapi seawal yang mungkin jika berhajat ke Singapura pada hujung minggu.
– Beratur dan tunggu keretapi 30 minit sebelum berlepas. Perlu ada di tempat perlepasan seawal 30 minit ya!
– Petugas KTM akan periksa tiket dan passport sebelum dibenarkan memasuki Pintu A.
– Turun bawah untuk Pemeriksaan Imigresen & Kastam Malaysia. Ada dua bahagian, kiri dan kanan, tak perlu berebut.
– Tak perlu juga berebut untuk masuk keretapi.
Tambang keretapi ke Singapura = RM5
2. Woodlands CIQ
– 5 minit perjalanan dan anda sudah sampai di Kota Singa!
– Keluar keretapi, akan ada Petugas Imigresen bertugas di platform (strictly no photography!)
– Masuk ke tempat Pemeriksaan Imigresen & Kastam Singapura. Ada dua bahagian juga – kiri dan kanan, terus ambik kertas warna putih untuk isi semua maklumat, termasuk nombor telefon, jika hanya satu hari boleh tulis destinasi yang pertama: Contoh – Raffles Place (sila bawa pen ya!)
– Kalau was-was cara nak isi maklumat, sila rajinkan diri bertanya kepada Petugas Imigresen.
– Dah lepas semuanya, kami terus keluar dari CIQ untuk naik bas ke Woodlands MRT.
– Jangan risau, banyak papan tanda ke Woodlands MRT.
– Bas untuk ke Woodlands MRT – Bas No 903, 912, 950
Tambang bas Woodlands CIQ – Woodlands MRT = 1.50$ (tak guna kad ezlink sebab tak tahu dalam kad ada baki)
3. Woodlands MRT
– Dari Woodlands MRT, kami check baki kad ezlink, tak top-up kad sebab masih ada baki dan terus naik MRT ke Bugis.
– Keluar dari Bugis MRT untuk ke Arab Street.
– Singgah di Masjid Sultan.
– Singgah di Restoran Zam Zam.
– Beef Murtabak ambik satu sahaja sebab satu portion cukup untuk 2-3 orang makan
Tambang MRT = 1.91$
Beef Murtabak = 5$ / 2 pax
Teh O Ais = 2$
Jumlah = 6.41$
4. Raffles Hospital
– Kami bercadang untuk naik Bas No 57 dari Landmark Village Hotel ke Raffles Place tapi jalan ditutup di kawasan sekitar.
– Disebabkan kesuntukan masa, kami terpaksa guna GrabCar untuk ke Merlion Park.
– Rupa-rupanya ada latihan besar besaran selama sebulan sempena Singapore National Day Parade.
– Pemandu GrabCar turunkan kami di City Hall.
– Singgah di Merlion Park untuk lihat The Merlion, Marina Bay Sands, Esplanade, Singapore Flyer hanya dari jauh sahaja.
Tambang GrabCar = 10$
5. Raffles Place MRT
– Dari Merlion Park terus ke Raffles Place MRT dan naik MRT untuk ke stesen Woodlands MRT.
Tambang MRT = 1.94$
6. Woodlands MRT
– Di Woodlands MRT, beratur dan naik Bas No 950 untuk ke JB Sentral. Jangan risau, bas akan lalu di laluan bas dari Singapura ke JB, jadi tak tersangkut dengan jammed.
– Sampai di Woodlands CIQ, turun bas dan terus ke Pemeriksaan Imigresen dan Kastam Singapura.
– Keluar CIQ dan beratur untuk naik Bas 950 untuk ke JB Sentral CIQ.
– Sampai di JB Sentral CIQ, turun bas dan terus ke Pemeriksaan Imigresen dan Kastam Malaysia.
– Ada sistem auto gate tapi kami sarankan untuk beratur di kaunter manual sahaja lah.
Tambang Bas 950 Woodlands CIQ – JB Sentral = 1-1.50$ (lupa tambang sebenar)
•••
Jadinya, tambang keretapi + bas + MRT termasuk makan dan minum di Singapura = +-RM54.21
Bolehlah nanti kalau siapa yang sekadar mahu datang ke Singapura untuk lihat-lihat nanti menggunakan kaedah yang sama dengan beliau kongsikan ini. Tak perlu modal banyak, RM50 sahaja dah boleh.
Selamat bercuti!
**Artikel ini diambil dan diolah dengan kebenaran penulis, Puteri Asyqin Saharrudin.
Hebat tak hebat Cef Amaury punya kemahiran.
5 Karya Seni Pastri Coklat Chef Amaury
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.