Setakat ini, syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia mengenakan yuran pemprosesan (processing fee) semasa menempah tiket penerbangan. Yuran pemprosesan ialah caj yang berkaitan dengan kos pentadbiran, penyelenggaraan dan pembangunan berterusan sistem dalam talian AirAsia.

Mulai Oktober depan, AirAsia akan memansuhkan yuran pemprosesan bagi pelanggan yang membuat bayaran sama ada menerusi perbankan dalam talian atau kad kredit. Perkara itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes di laman sosial Twitter.
https://twitter.com/tonyfernandes/status/1156022351772782597
Menurut Tony, pembatalan bayaran pemprosesan bertujuan menjadikan Malaysia sebagai hab penerbangan tambang rendah.
Bayaran pemprosesan AirAsia bermula pada kadar RM4 jika menggunakan debit terus dan boleh meningkat sehingga RM16 dengan UnionPay.
Bagaimanapun, jika pelanggan memilih untuk membuat pembayaran menggunakan aplikasi e-dompet AirAsia iaitu BigPay, tiada bayaran pemprosesan yang dikenakan.
Sumber: FMT
Ya Allah sedapnya menu-menu dekat kafe Mil Moustache ini.
Milk Moustache Cafe [Full Version] – Jajjangmyun dan Pelbagai Masakan Korea #CubaRasa…
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.