Malaysia Negara Asia Ke-3 Bahaya Untuk Wanita ‘Solo Travel’ – Kajian

Satu kajian mandiri yang dijalankan oleh Asher & Lyric, sebuah travel blog berpangkalan di Australia mengenai senarai ranking negara yang paling selamat dan tidak selamat untuk dilawati oleh wanita solo travel.

Untuk menjalankan kajian tersebut, Asher & Lyric mendapatkan statistik daripada sumber seperti UN Women, The Gallup World Poll, Georgetown Institute (Lifetime Intimated Partner Violence and Legal Discrimination), Equal Measures 2030, World Economic Forum, UN Development Program, dan Organisation of Economic Co-operation and Development.

Malaysia Negara Ke-3 Teruk Untuk Solo Travel 7

Dalam kajian tersebut, memang amat mengejutkan kerana Malaysia tersenarai sebagai negara Asia ke-3 yang bahaya selepas India dan Thailand. Di senarai 50, Malaysia terletak di nombor 11 tidak selamat untuk dilawati pengembara wanita secara solo.

Membahagikan kategori bahaya kepada lapan, mereka dapati Malaysia sangat tidak selamat untuk wanita solo kerana ‘Jarak Gender Global’. Manakala pada kategori keganasan kepada perangai wanita dan diskriminasi undang-undang, Malaysia menduduki tangga ke-5.

Senarai penuh adalah seperti di bawah.

Malaysia Negara Ke-3 Teruk Untuk Solo Travel 6

Asher & Lyric turut menyatakan rasa terkejut mereka apabila melihat perbezaan ketara kedudukan antara negara Malaysia dan Singapura yang dipisahkan dengan jurang yang besar.

Walaupun mereka gagal memberitahu berapa banyak sampel yang digunakan untuk kajian ini (yang mana ianya adalah kunci penting dapatan statistik), namun ini membuktikan bahawa ada beberapa perkara yang perlu Malaysia ambil berat dan berikan tumpuan.

Sumber: Asher & Lyrics

Ke Terengganu cuba menginap di Laguna. Pasti tak mengecewakan.

Percutian Eksklusif Di Laguna Redang Island Resort, Terengganu

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.