4 Idea Kreatif Guna Mi Maggi

Mi segera memang tidak asing lagi dalam kehidupan orang bujang, malahan menjadi masakan yang mudah dimasak untuk mereka yang sibuk bekerja.

Kadang kala bosan juga makan mi segera sekadar mi berkuah tambah telur sahaja. Dalam dunia ini, kita perlukan kehidupan yang pelbagai, begitu juga untuk resipi maggi. Jom cuba resipi idea kreatif guna mi maggi ini.

1. Maggi Lilit/ Sate Maggi

resipi kreatif guna maggi
Sumber: Rasa

Maggi perisa kari
2 biji telur
Sedikit tepung jagung
Lidi sate

Cara memasak:

1. Rebus maggi kemudia toskan. Masukkan perencah kari dan kacau rata.
2. Kemudia lilit maggi pada lidi. Kepal-kepal supaya kemas dan tidak terburai.
3. Pukul telur bersama sedikit tepung jagung dan celupkan maggi lilit tadi kemudian goreng.

2. Popia Maggi

resipi kreatif guna maggi
Sumber: Mstar

Sebungkus maggi kari
Kulit popia
1 batang lobak merah dipotong nipis
1 ulas bawang merah dipotong dadu
1 ulas bawang putih dipotong dadu
Garam

Cara memasak:

1. Rebus maggi dan toskan. Kemudian masukkan perencah maggi kari gaul sebati.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, lobak merah dan perasakan dengan garam.
3. Gaul bahan tumis tadi bersama maggi kemudian isikan inti maggi pada kulit popia.
4. Gulung kulit popia dan sedia untuk digoreng.

3. Cucur Maggi

resipi kreatif guna mi
Sumber: Dapur Ibundo

1 paket maggi
1 paket tepung cucur bawang
1 biji bawang dihiris
1 batang lobak merah dihiris halus
Daun ketumbar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Cara membuat:

1. Rebus maggi dan toskan. Kemudian masukkan perencah maggi kari gaul sebati.
2. Campurkan tepung cucur, bawang, lobak merah, daun ketumbar, maggi, air dan perasakan secukupnya.
3. Goreng seperti menggoreng cucur higga garing.

4. Keropok Lekor Mi

resipi kreatif guna mi
Sumber: Salaam

Sebungkus Mie Sedap
6 sudu tepung ubi
Tepung gandum
1 biji telur

Cara memasak:

1. Rebus mi kemudian toskan
2. Campurkan mi bersama perencah dan telur serta secukup rasa dan kisar hingga sebati.
3. Kemudian campurkan tepung ubi dan uli hingga sebati. Gunakan sedikit tepung gandum untuk elak melekat semasa menguli.
4. Uli adunan sehingga membentuk silinder (seperti rupa keropok lekor).
5. Didihkan air, letak sedikit garam dan rebus sampai terapung dan angkat.
6. Potong seperti keropok lekor biasa dan siap digoreng!

*Semua resipi ini boleh diolah menggunakan apa-apa jenama mi segera mengikut selera anda.

Selamat mencuba!