Wanita Ini Kongsi Kisah Dihalang ‘Pegawai Imigresen’ Untuk Melancong Ke Australia

Selalu kita dengar isu yang tidak enak berkenaan dengan rakyat Malaysia yang melancong ke Australia. Antaranya cerita mengenai rakyat Malaysia yang menginap lebih lama di Australia dan bekerja sebagai pengutip buah secara haram di sana.

Disebabkan isu-isu tersebut, telah wujud satu andaian kepada rakyat Malaysia yang mana ianya hanya menyusahkan mereka (rakyat Malaysia) yang benar-benar ingin melancong ke Australia.

Ditahan Imigresen Ke Australia 9

Seorang wanita di Twitter berkongsikan bagaimana beliau dan lima lagi rakannya yang dinafikan hak untuk berlepas ke Perth, Australia bukan disebabkan oleh masalah kelulusan visa, tetapi andaian-andaian buruk tersebut.

Semuanya sudah diuruskan; kelulusan visa, penginapan, tiket penerbangan menggunakan AirAsia. Tibalah hari kejadian, masing-masing berkumpul di KLIA2 untuk bersama-sama berlepas.

Untuk pelancong yang mahu ke New Zealand dan Australia, akan ada satu lagi pemeriksaan keselamatan di pagar P6. Sampai sahaja giliran mereka, pegawai yang bertugas meletakkan tanda ‘X’ di bahagian nombor sequence dan menyuruh beliau ke bahagian keselamatan.

Ditahan Imigresen Ke Australia 1

Keliru dengan apa yang berlaku, tiba-tiba datang seorang ‘pegawai imigresen’ sekitar umur 50-an mengambil pasport mereka dan bertanya berapa banyak wang yang mereka bawa untuk ke sana.

“350Aud each of us.”

Terus sinis, ‘pegawai imigresen’ tersebut memberitahu mereka kos sara hidup di Australia tinggi tidak sama seperti Malaysia. Apabila mahu ditunjukkan jadual perjalanan yang lengkap dengan harga, ‘pegawai’ tersebut tidak mahu.

Ditahan Imigresen Ke Australia 2

Ditahan Imigresen Ke Australia 3

Apabila diberitahu mereka tetap tidak boleh berlepas, mereka meminta bantuan daripada pengawal keselamatan di situ untuk memujuk ‘pegawai’ tersebut.

Ditahan Imigresen Ke Australia 4

Ditahan Imigresen Ke Australia 5

Kerana tidak dilihat sebagai pelawat (kerana hanya bawa 350Aud), kumpulan mereka ditahan. Kata ‘pegawai’ tersebut, nak masuk ke Australia, seorang sekurangnya mesti membawa 1,000Aud.

Ditahan Imigresen Ke Australia 6

Disebabkan terlampau tertekan dan mahu bercuti, mereka terus tekad mengubah haluan percutian dan merancang percutian ke Krabi on the spot walaupun ada berita mengenai pengeboman di Bangkok.

Ditahan Imigresen Ke Australia 7

Jadi untuk yang akan ke Australia dalam masa terdekat, pastikan anda bersedia dan ambil iktibar daripada cerita beliau ini ya.

Sumber: Reen Zahari

Ke Terengganu cuba menginap di Laguna. Pasti tak mengecewakan.

Percutian Eksklusif Di Laguna Redang Island Resort, Terengganu

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.