6 Tempat Makanan Halal Dan Menarik Perlu Cuba Di Bangkok

Siapa yang tidak kenal Bangkok? Ibu negara Thailand ini merupakan salah satu destinasi menarik yang wajib bagi mereka yang gemar travel untuk mencari makanan.

Di Thailand, terdapat begitu banyak pilihan yang berbeza yang tersedia untuk pelancong Muslim. Untuk memudahkan anda mencari tempat makan di Bangkok, kami senaraikan destinasi makan yang pastinya halal dan lazat.

1. Asoke

makanan halal Bangkok
Sumber: The Halal Food Blog

Jalan Asoke yang terletak di Sukhumvit 23, tidak jauh dengan Universiti Srinakharinwirot popular dalam kalangan mahasiswa.

Sesuai dengan lokasinya, tentunya makanan yang dijual di daerah ini murah. Salah satu menu paling digemari di Asoke adalah Ayam Goreng Thai.

2. Samat Muslim Food

makanan halal Bangkok
Sumber: Have Halal Will Travel

Restoran ini berstatus halal dan dimiliki oleh orang Islam. Ia antara restoran yang boleh anda lawati semasa di Pratunam. Samat Muslim Food ini terletak di seberang Pasar Pratunam dan hanya 3 minit berjalan kaki dari Stesen Ratchaprarop ARL.

Menu mesti cuba di restoran ini adalah tom yum yang sangat menyegarkan, terasa pedas, masam yang begitu sempurna.

3. Petchaburi Road Soi 7

makanan halal Bangkok

Terletak di timur Bangkok, lokasi pertama yang boleh dikunjungi pelancong untuk mendapatkan makanan halal adalah Petchaburi Road Soi 7. Di sini, pengunjung berpeluang menikmati aneka makanan Thailand yang halal.

Tidak hanya masakan Thailand, terdapat juga makanan khas Arab dan India dijual di sini. Juga ada kemudahan untuk Muslim menunaikan solat di Masjid Darul Aman.

4. Ramkhamhaeng

makanan halal Bangkok
Sumber: Halal Living Thailand

Antara pasar malam yang menyediakan makanan jalanan yang halal. Pastinya, amat sesuai untuk mereka yang kaki makan. Selepas puas berjalan-jalan dan mencuba pelbagai jenis makanan di sana, anda boleh singgah di kedai kopi atau restoran sekitar situ yang turut menyediakan aneka menu makanan dan minuman halal.

5. Yana Restaurant

makanan halal Bangkok
Sumber: Halalidays

Restoran ini antara yang memiliki sijil pengesahan dari pihak kerajaan tempatan. Sekiranya anda menuju ke Bangkok, pasti anda akan terlihat Yana Restaurant di sini. Lokasinya di 444 Phayathai Rd, Khwaeng Wang Mai, Khet Pathum Wan, Krung Thep Maha Nakhon 10330.

Apa yang boleh anda cuba di sini adalah tom yam, kari, makanan barat seperti pasta, lasagna, chicken grill dan banyak lagi.

6. Charoen Krung Selatan

makanan halal Bangkok
Sumber: Rileklah

Kalau teringin makan itik di Thailand, datanglah ke Jalan Charoen Krung Selatan. Terletak di seberang Masjid Assalafiyah, tempat ini popular dengan aneka hidangan manis dan lazat. Jangan lupa singgah ke salah satu warung paling popular di sini, Hasan Roasted Duck.

Dengan begitu banyak makanan yang lazat di bandar ini, tidak ada sebab untuk anda tidak berkunjung ke Bangkok.

Sumber: Halal Trip