Resipi Viral Ayam Goreng ‘Spicy’ Ala McDonald’s

Restoran segera ayam goreng merupakan salah satu restoran yang menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang sedap dan masa penyediaannya yang singkat. Tapi tak larat juga kan kalau asyik nak membeli sahaja kerana harga seketul ayam boleh tahan juga.

Jadi, apa kata anda cuba resipi viral ayam goreng pedas ala McDonalds ini, lebih berbaloi untuk dimakan seisi keluarga.

Bahan-bahan perap:
*1 ekor ayam di potong 8
*8/9 ulas bawang putih dan tumbuk
*3/4 sudu besar serbuk cili
*2 sudu serbuk kari ayam
*2 sudu teh garam
*Secubit soda bikarbonat
*Sedikit air

Resipi Ayam Goreng Ala McDonald 3

Bahan-bahan utk salut ayam A:
*1 sudu serbuk cili
*1 biji telur (pukul dulu)

Bahan untuk salut ayam B:
*3 cawan tepung jagung
*1/2 cawan tepung gandum
*Garam secukup rasa
*Secubit soda bikarbonat

Cara penyediaan:

1. Perap ayam yang telah dipotong selama 1 jam dengan bahan perapan.

2. Gaul bahan-bahan salut ayam, Selepas itu pukul telur dan golekkan ayam dengan telur.

Resipi Ayam Goreng Ala McDonald 2

3. Selepas itu letakkan ayam yang sudah digolekkan dengan telur ke dalam bahan-bahan salut ayam (B), salut sehingga sekata, tekan ayam pada tepung berulang kali, kemudian salut sekali lagi dengan bahan salut A dan gaul lagi pada bahan salut B.

4. Goreng ayam yang telah disalut dalam api yang sederhana, minyak yang penuh menutupi ayam dalam tempoh 10-15 minit.

Tak perlu risau dengan tambahan perasa lain yang meragukan. Kini anda boleh berjimat dengan resipi viral ayam goreng pedas ala McD dan KFC. Lebih berbaloi, lebih jimat.

Selamat mencuba!

Sumber: PenangKini

Pernah makan laksa dengan sambal kicap?

Review Bihun Sup & Laksa Utara Citarasa Montelo [#MLTapao – MakanLena]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.