Apa Itu Visa Furada dan Risikonya

Saban tahun, setiap kali tiba musim haji pasti ada sahaja kes mengenai jemaah haji berdepan masalah untuk menunaikan haji.

Baru-baru ini, tular mengenai kes 26 jemaah haji terkandas di lapangan terbang Jeddah selepas imigresen Arab Saudi mendapati nama mereka tiada dalam senarai visa haji.

Mereka yang terkandas ini telah menggunakan visa Furada untuk menunaikan rukun Islam kelima. Pastilah jika kita dalam golongan menerima nasib seperti ini teramat sedih kerana persiapan semua telah dibuat tetapi terpaksa dibatalkan.

Kami kongsikan mengenai visa Furada dan risiko jika mengambil visa tersebut.

Apakah visa Furada?

Visa Furada ialah visa yang dikeluarkan oleh Kedutaan Arab Saudi dan lazimnya hanya kenamaan dan pihak tertentu sahaja memperolehinya. Selalunya visa diproses beberapa hari sebelum tarikh dijadualkan berangkat. Jika anda pernah dengar Visa Kuota Raja Salman, ia sama dengan visa Furada.

Kenapa bakal jemaah memilih visa Furada?

Kebiasaan mereka yang memilih visa ini enggan menunggu lama untuk mengerjakan ibadat haji atau lewat/ tidak mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji (TH).Juga mereka yang memilih untuk menggunakan visa Furada kerana berkemampuan mahu menunaikan haji lebih daripada sekali dan ada segelintir yang mahu membawa anak remaja.

Contoh yang boleh pergi menunaikan haji kerap tanpa melalui Tabung Haji seperti Neelofa dan Zizan Razak (untuk tahun ini), mereka menggunakan Visa Furada.

Risiko Visa Furada
Sumber: The Daily Beast

Visa Furada hanya untuk golongan mampu?

Ada juga jemaah bekerja makan gaji menggunakan visa ini kerana mahu menyempurnakan rukun Islam kelima itu ketika masih kuat serta bertenaga. Tidak dinafikan visa Furada dijual pada harga tinggi.

Bukanlah tidak menggalakkan pergi menunaikan Haji dengan visa Furada kerana ramai juga mereka yang menggunakan visa ini tidak menghadapi sebarang masalah.

Menurut pengguna Twitter, Faisal Rahim menerangkan secara ringkasnya, visa Furada ini:

Risikonya, kerana TH tidak lagi membantu mereka yang menggunakan visa Furada seperti yang dimahukan Kerajaan Arab Saudi.

Jika mahu menggunakan visa Furada, anda perlu membuat sedikian kajian mengenai syarikat pengendali haji yang menawarka visa tersebut, secara mudah cari organisasi yang besar.

Semoga kita semua dapat menunaikan haji tanpa sebarang masalah sebelum menemui ajal.

Sumber: Mstar, Kosmo