Rakyat Malaysia Antara Mangsa Rusuhan Yang Terkandas Di Lapangan Terbang Hong Kong

Akibat daripada rusuhan yang berlaku di Hong Kong, pihak berkuasa Hong Kong terpaksa membatalkan kesemua baki jadual penerbangan pelepasan dan ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKIA).

Turut menjadi mangsa kepada keadaan tersebut ialah 10 orang rakyat Malaysia (satu keluarga) yang sudah terkandas di sana sejak jam tiga petang sepatutnya berlepas pada jam 9 malam namun terkandas disebabkan keadaan di HKIA yang ‘lumpuh’.

Rusuhan Di Hong Kong

Berikutan daripada rusuhan tersebut, semua kedai, penjaga kaunter, pihak berkuasa dan lain-lain kesemuanya tiada di posisi masing-masing, sebaliknya kawasan lapangan terbang hanya dipenuhi oleh kumpulan demontrasi berbaju hitam.

Mereka tetap meneruskan percutian di sana selepas mendapatkan keyakinan daripada Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong bahawa keadaan di sana selamat tidak menyangka keadaan adalah seteruk ini.

Rusuhan Di Hong Kong 1

Tidak tahu mahu ‘bergerak’ ke mana kerana tersangkut, mereka memberitahu bahawa pihak Konsulat Jeneral Malaysia mengetahui situasi mereka dan ada menghantar makanan serta menyuruh mereka kekal di sana sehingga esok.

Rusuhan Di China 1

Salah seorang daripada warga Malaysia yang terkandas, Norhayati Md Noor memberitahu setelah pulang dari Disneyland di Hong Kong mereka juga terpaksa berjalan kaki hampir dua jam ke hotel berikutan daripada rusuhan yang berlaku di stesen kereta api.

Memohon doa rakyat Malaysia agar segala urusan dipermudahkan, beliau sempat memberitahu ada kedutaan negara lain yang sudah membawa rakyat mereka yang turut terkandas ke tempat yang lebih selamat.

Susulan daripada rusuhan ini juga, pihak Lapangan Terbang Hong Kong terpaksa membatalkan kesemua perjalanan/ pergerakan kapal terbang sehingga Isnin minggu hadapan.

Rusuhan Di China

Untuk pengetahuan anda, rusuhan ini berlaku akibat daripada protes penentangan penduduk Hong Kong kepada rancangan China yang akan membenarkan ekstradisi dari Hong Kong ke tanah besar China.

Sumber: Harian Metro, NST

Cantiknya pemandangan laut dari Laguna Redang ini.

Percutian Eksklusif Di Laguna Redang Island Resort, Terengganu

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.