Kalau ke utara sama ada ke Pulau Pinang atau Kedah, pasti rugi kalau tidak mencuba menu popular iaitu Nasi Daging Air Asam yang memang tersangatlah sedap dengan kombinasi cicahan rasa masam, pedas dan manis.
Untuk mereka yang jauh dari utara, agak susah untuk ke sana jika mengira daripada segi kos dan jarak, apa kata anda cuba resipi Nasi Daging Air Asam yang kami kongsikan ini.
Bahan Daging:
*1 kg daging – dipotong kecil dan rebus hingga empuk
Bahan Nasi:
*1kg/ 6 pot beras Basmathi – basuh dan tos
*Air – nisbah 1 beras: 1.5 air – atau ikut beras
*Rempah – bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
*1 sudu besar minyak sapi
*2 sudu besar minyak masak
*1/2 tin susu cair
*1 helai daun pandan
*1 kiub pati ayam Maggi
*2 biji buah tomato – potong 2 atau 4
*3 sudu besar rempah kurma – sangai
Bahan hiris:
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumis rempah penumis dan bahan-bahan yang dihiris sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kurma dan dikacau rata. Kemudian masukkan sedikit air. Kacau lagi sehingga pecah minyak.
3. Masukkan beras yang telah di tos dan kacau rata seketika bersama daun pandan. Ia akan menjadikan nasi cantik berderai.
4. Masukkan daging, air rebusan daging, susu cair dan kiub pati ayam Maggi. Jika suka, masukkan tomato yang dipotong.
5. Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa. Setelah masak baru dikacau nasi rata rata.
Air Asam Kerisik
Bahan kisar: Sambal Belacan
*10 tangkai cili merah
*10 tangkai cili padi – warna hijau dan merah
*1/4 ketul belacan
*2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
*Garam – jika perlu
*Gula
Bahan lain:
*2 biji buah tomato – belah dua dan hiris nipis
*2 biji bawang besar – belah dua dan hiris nipis
*Sedikit kerisik – dari 1/4 biji kelapa parut
*1 cawan air rebusan daging
*1 sudu besar pes asam jawa
*Sos tomato
*Sos cili
Cara penyediaan:
1. Campur Sambal Belacan dengan bahan bahan yang dihiris. Gaul sebati. Masukkan asam jawa yang dibancuh dengan air rebusan daging.
2. Tumbuk kelapa parut yang telah digoreng garing sehingga berminyak untuk dijadikan kerisik.
3. Masukkan kerisik, sos cili, sos tomato serta serbuk perasa Maggi Cukup Rasa. Sesuaikan rasa. Kacau sehingga semuanya berpalut rata. Sedia untuk dihidangkan.
Nampak sahaja banyak bahan yang digunakan, tapi sebenarnya ianya sangatlah senang untuk disediakan. Selamat mencuba!
Sumber: Azie Kitchen
Rakyat Malaysia mana pernah lari daripada nasi lemak.
6 Menu Nasi Lemak Unik Di Malaysia
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.