Resipi Daging Bakar Ala Thai Bersama Sos Pencicah

Peti ais rumah anda pasti dipenuhi dengan daging korban pada musim Raya Aidiladha ini. Mungkin anda buntu untuk variasikan pelbagai jenis menu daging untuk dihidangkan bersama keluarga.

Kami ingin kongsikan resipi kali ini iaitu daging bakar Thailand yang pasti buat anda terliur. Jom lihat bahan-bahan untuk menyediakan daging bakar ini.

Bahan perapan daging:

1. Daging; ambil bahagian yang ada lemak (cucuk daging dengan garfu bagi perapan mudah serap dalam daging)
2. Gula
3. Sos ikan
4. Sos tiram
5. Minyak masak
6. Lada hitam
7. Sedikit kicap

Perapkan daging dengn bahan-bahan diatas selama satu jam, tetapi lagi lama perap lagi sedap. Bakar daging jangan terlalu lama kerana daging akan kering dan kurang juicy.

Daging bakar ala thai

Bahan sos pencicah:

1. Sos ikan
2. Air asam jawa
3. Jus limau nipis
4. Thai palm sugar/ gula melaka
5. Serbuk cili Thai
6. Bawang putih
7. Beras disangai (goreng tanpa minyak dan tumbuk halus)
8. Daun ketumbar untuk hiasan

Tumbuk atau cincang halus bawang putih kemudian masukkan semua bahan di atas dan gaul rata. Seimbang rasa sos pencicah mengikut deria rasa anda.

Selamat mencuba!

Sumber: Seriouseats

 

Musim panas begini sedap dapat makan laksa.

Review Bihun Sup & Laksa Utara Citarasa Montelo [#MLTapao – MakanLena]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.