Resipi Mudah Sambal Tempoyak Daun Kayu Cara Nogori

Musim durian ini memang senang mahu dapatkan makanan berasaskan durian seperti tempoyak. Ada individu gemar makan nasi dengan buah durian, ada juga yang gemar mengubah sedikit menu durian dengan menjadikannya sebagai lauk ulam seperti sambal tempoyak.

Lain tempat lain cara masakannya. Negeri Sembilan yang terkenal dengan kepedasan masakannya ada cara tersendiri yang digunakan untuk masak sambal tempoyak yang dicampurkan bersama daun kayu.

Ramai yang sudah memuji sedap. Apa kata kala anda pula cuba. Resipinya sangat mudah.

Bahan kisar:
*Cili padi
*Kunyit
*Ikan bilis
*Tempoyak

Sambal Tempoyak Daun Kayu 5

Bahan ricik halus:
*Daun kunyit
*Daun kaduk
*Pucuk ubi
*Pucuk labu
*Serai

Sambal Tempoyak Daun Kayu 3

Bahan lain:
*Petai
*Santan pekat
*Garam, gula
*Udang
*Ikan bilis

Sambal Tempoyak Daun Kayu 4

Cara penyediaan:

1. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam kuali, gunakan api perlahan.

2. Masukkan bahan-bahan lain, kemudian ratakan sebelum masukkan santan.

3. Masukkan bahan yang diricik halus.

Sambal Tempoyak Daun Kayu 2

4. Rasa kuah anda. Kalau terlalu kering, tambahkan tempoyak, santan, dan air namun hati-hati jangan sampai terlampau basah pula.

5. Kalau kurang masam, masukkan asam keping. Adjust rasa bersesuaian dengan tekak anda.

Sambal Tempoyak Daun Kayu 1

Dah siap! Sangat mudah dan menggiurkan, bukan? Jika disimpan dalam kawasan beku, sambal ini boleh bertahan sehingga sebulan. Hidangkan bersama nasi panas, pasti bertambah-tambah selera anda.

Selamat mencuba!

Sumber: Abdul Muiez Ruslee