5 Lokasi Pelancongan Cantik Tapi Kurang Pengunjung

Kita sering disajikan destinasi percutian yang menjadi tumpuan para pelancong dari serata dunia. Oleh sebab itulah kawasan berkenaan akan sesak lebih-lebih lagi pada musim kemuncak.

Tahukah ada terdapat beberapa lokasi pelancongan menarik yang kurang menerima kunjungan pelancong? Berbanding memilih destinasi percutian terkenal, ini beberapa destinasi yang boleh dijadikan pilihan terbaik untuk percutian santai.

1. New Caledonia

Pelancongan Jarang Pengunjung
Sumber: NewCaledonia

New Caledonia merupakan destinasi pelancongan di antara Lautan Pasifik dan Australia. Bandar ini menawarkan kepelbagaian landskap yang indah serta budaya dan gaya hidup yang menarik kepada pengunjung.

Sama ada ingin berlayar, snorkeling atau hanya berenang di pantai, lagun New Caledonia adalah pilihan terbaik. 95 peratus perairan di New Caledonia dilindungi, sekali gus mewujudkan tempat tinggal bagi kehidupan marin.

2. San Marino

Pelancongan Jarang Pengunjung
Sumber: Planet Ware

Dikelilingi oleh wilayah Itali di setiap sisi, Republik San Marino yang ditubuhkan pada tahun 301 adalah republik paling lama di dunia. Pelancong boleh menerokai kubu gunung di negara palingkurang dikunjungi di Eropah.

3. Anguila

Pelancongan Jarang Pengunjung
Sumber: Caribbean Journal

Mempunyai beberapa pantai terbaik di Caribbean. Dengan mengehadkan pelancongan ke pusat peranginan mewah di sini, Anguila secara tidak langsung menghalang pembangunan melampau di kawasan ini.

4. Tonga

Pelancongan Jarang Pengunjung
Sumber: Backpackers Guide

Salah satu sebab pengembara suka ke Tonga kerana masyarakat di sana sangat mesra di samping kepulauan ini dikelilingi pantai yang cantik.

Banyak pantai tersembunyi yang belum diterokai pengunjung. Pemandangan pukulan ombak hingga beratus kaki di udara di pulau Tongatapu adalah pertunjukan semula jadi yang tidak ternilai.

5. Persekutuan Mikronesia

Pelancongan Jarang Pengunjung
Sumber: Micronesia

Terdapat 607 pulau di Persekutuan Mikronesia. Jika diletakkan kesemuanya bersama, ia membentuk 271 batu persegi tanah dan hampir 2.6 juta batu persegi air. Kebanyakan pulau tidak berpenghuni.

Di sini juga menempatkan Tapak Warisan Dunia UNESCO Nan Madol, yang terdiri daripada 100 pulau buatan manusia. Pelancong boleh meneroka istana besar dan kuil yang dibina antara tahun 1,200 hingga 1,500 sebelum Masihi.

Sekali-sekala memilih destinasi yang jarang menjadi pilihan orang ramai apa salahnya kan? Pengalaman ke lokasi pelancongan ini pastinya berbeza dengan percutian popular yang lain.

Sumber: Sinar