Unik! Rumah Ini Dibina Di Tengah Garisan Sempadan Malaysia-Indonesia

Masuk ke rumah ini ibaratnya anda seperti sentiasa travel dari Malaysia ke Indonesia dan sebaliknya.

Terletak di sebuah wilayah Sebatik Barat, Aji Kuning merupakan sebuah kawasan perkampungan yang berada di antara Malaysia dan Indonesia.

Disebabkan pada awalnya tiada usaha-usaha untuk menyisihkan titik-titik persempadanan di antara kedua buah negara terlibat, sebilangan penduduk telah membina perkampungan penempatan di sana.

Pada tahun 1981, barulah pihak berwajib melakukan usaha untuk menanda perbatasan secara garisan lurus dari barat ke timur dan ianya melalui perkampungan tersebut. Hasilnya ada beberapa buah rumah yang betul-betul berada di garisan perbatasan.

Rumah Sempadan Indonesia-Malaysia Aji Kuning 1

Bahagian utara Pulau Sebatik (Wallace Bay, Sungai Tongkang dan Kampung Melayu) yang lebih kecil menjadi wilayah Malaysia di bawah pentadbiran daerah Tawau, Sabah. Manakala di selatan menjadi Kecamatan Sebatik (Sungai Nyamuk dan Sungai Pancang) yang menginduk kepada Kabupaten Nunukan, Indonesia.

Kawasan ruang tamu rumah yang merupakan kawasan negara Indonesia dan dapur yang merupakan kawasan negara Malaysia dihiasi dengan konsep-konsep budaya masyarakat.

Sempadan yang terletak betul-betul di kawasan laluan jalan dari ruang tamu menuju ke dapur ditandakan dengan warna yang berbeza; kawasan ruang tamu Indonesia diwarnakan dengan warna merah dan putih yang menjadi simbolik kepada bendera negara mereka.

Rumah Sempadan Indonesia-Malaysia Aji Kuning 2

Manakala di ruangan dapur (Malaysia) diwarnakan dengan warna hijau terdapatnya bendera Jalur Gemilang yang megah berkibar di bahagian beranda.

Kalau anda ke kawasan berdekatan dengan Pulau Sebatik, jangan lupa untuk singgah di sini ya. Untung-untung boleh merasa travel dari Malaysia ke Indonesia beberapa kali dalam masa sehari.

Sumber: Osman Saide

Sedap-sedap juga makanan jalanan yang ada jual di dunia ini.

5 Antara Makanan Jalanan Yang Terkenal Di Dunia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.