Tukar Nama Sempena Hari Merdeka, ‘Mekdi’ Bukit Bintang Curi Tumpuan Rakyat Malaysia

Sempena sambutan hari kemerdekaan yang ke-62, McDonald’s Malaysia mempamerkan rasa terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong dan membangunkan jenama mereka dengan menerima pakai nama gelaran yang diberi oleh rakyat Malaysia, iaitu Mekdi.

BACA: McDonald’s Malaysia Rasmi Sebagai Mekdi? Ini Nama ‘Timangan’ Lain McD Di 10 Buah Negara

Meraikan usia 37 tahun, penukaran nama ini hanya berlaku di cawangan Bukit Bintang sahaja, iaitu lokasi pertama McD bertapak di Malaysia pada tahun 1982.

Mekdi Malaysia 4

Penukaran nama ini dilakukan sebagai usaha menyulam elemen tempatan dalam kempen kemerdekaan pada 31 Ogos tahun ini seiring dengan pengenalan menu Nasi Lemak yang sudah sebati dengan rakyat Malaysia.

Dengan harga serendah RM5.99, anda boleh dapat satu set sarapan Nasi Lemak McD bersama secawan Milo Ais. Manakala pada waktu lain, anda hanya perlu bayar RM12.99 untuk set bersama seketul Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau dan RM15.99 untuk set bersama dua ketul Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau.

Mekdi Malaysia 5

Oh ya, tidak lupa juga McD Malaysia turut menjalankan kempen dalam usaha mengiktiraf Nasi Lemak sebagai hidangan kebangsaan Malaysia dengan sasaran mengumpul sekitar 1 juta tandatangan menjelang Hari Malaysia pada 16 September akan datang.

Untuk turut serta dalam kempen ini, anda bolehlah lawati laman INI.

Sebelum itu, apa kata kita ‘campak belakang’ dahulu memori pembukaan rasmi McDonalds Bukit Bintang pada tahun 1982 dengan gambar-gambar di bawah.

Mekdi Malaysia

Mekdi Malaysia 3

Mekdi Malaysia 2

Jangan lupa berkunjung ke Mekdi Bukit Bintang dan rakamkan kenangan anda di sana.

Paling reccommeded dia punya jajjangmyun. Memamng sedap!

Milk Moustache Cafe [Full Version] – Jajjangmyun dan Pelbagai Masakan Korea #CubaRasa…

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.