Resipi Tortila Twister Wrap Sedap Ala KFC

Tortila Twister Wrap memang sedap dan sangat ringkas, kalau makan di restoran KFC kadangkala tidak puas dengan hanya satu.

Apa kata kali ini kita cuba buat sendiri. Lebih mudah, murah dan sedap sahaja dengan resipi ini.

Bahan-bahan:
**Roti tortila – dibakar dua/tiga minit dalam kuali
**Isi ayam bahagian dada – digoreng tepung
**Mayonis
**Sos thousand island
**Daun salad
**Tomato – potong dadu
**Lobak merah – disagat
**Timun – disagat
**Keju

Resipi Roti Tortila Wrap

Cara penyediaan:

1. Goreng isi ayam yang sudah disalut tepung dan telur sehingga sedikit garing.

2. Sapu mayonis pada keseluruhan roti tortila yang sudah dibakar dan susun salad, lobak merah, timun dan tomato di atas roti.

Resipi Roti Tortila Wrap 1

3. Tekan sos Thousand Island ke atas susunan tadi dan letakkan isi ayam kemudian lapiskan dengan lapisan keju.

4. Balut roti dengan cara menggulung dan bakar sekali lagi gulungan roti tortila supaya kepingan keju mencair.

5. Roti tortila sedia untuk dihidang!

Resipi Roti Tortila Wrap 2

Mudah kan? Apa yang seronoknya kalau masak sendiri ini ialah kita boleh pilih berapa banyak isi yang kita mahukan.

Selamat mencuba!

Sumber: Rasa

Tadom Hills memang sesuai untuk aktiviti kumpulan!

MakanLena: Tadom Hills, Banting

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.