Gangguan sistem yang berlaku di KLIA dan KLIA2 telah menjejaskan beberapa sistem lapangan terbang seperti sambungan WiFI, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS), kaunter-kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS).
Gangguan yang bermula malam tadi sedang dibaiki dan setakat jam 10.30 pagi tadi telah menyebabkan 20 penerbangan termasuklah ke Jepun (Narita), Perth (Sydney), Australia (Melbourne), Indonesia (Jakarta), London dan Hong Kong terpaksa ditangguhkan.
Gangguan yang dijangka akan berterusan sepanjang jari ini menyebabkan semua kakitangan lapangan terbang yang berkaitan ditugaskan bagi membantu penumpang di lapangan.
MAHB menasihati para penumpang agar tiba di lapangan sekurangnya empat jam sebelum waktu berlepas dan memeriksa maklumat dengan syarikat penerbangan berkaitan dengan jadual penerbangan terkini.
Pihak Malaysia Airports turut menasihati penumpang agar menggunakan pembayaran secara tunai di kedai-kedai di KLIA dalam mata wang RM (tidak terjejas di KLIA2) kerana sistem pembayaran kad yang terjejas.
We urge passengers to use cash instead. Please look out for the ATMs or the Bureau De Change should you need to use the Ringgit, our local currency. klia2 terminal is not affected by this. #MYairportsupdates
— Malaysia Airports (@MY_Airports) August 22, 2019
Untuk maklumat terkini, para penumpang boleh bertanyakan kepada kaunter pertanyaan atau pun laman media sosial Twitter Malaysia Airports DI SINI.
Tadom Hills memang sesuai untuk aktiviti kumpulan!
MakanLena: Tadom Hills, Banting
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.