Masyarakat hari ini rata-ratanya menganggap muzium adalah sesuatu yang sudah ketinggalan zaman kerana ‘isi’nya merupakan sejarah tinggalan lama.
Mahu menampilkan kelainan dan menarik minat golongan milenial, sebuah muzium di China menawarkan satu perkhidmatan lain daripada lain, iaitu pengalaman tidur bersama mumia.
Pengunjung The Turpan Museum di Xinjiang boleh merasai pengalaman tidur bersama mumia di dewan pameran yang penuh dengan mumia dan fosil, dua daripadanya yang diletakkan di kotak kaca berasingan berumur lebih daripada 3,000 tahun.
Dengan pemasangan beberapa buah khemah, pihak pengurusan memberitahu inisiatif ini dilakukan dengan tujuan mahu menyediakan pengalaman pendidikan kepada pengunjung supaya lebih berminat dengan budaya dan sejarah China.
Kalau bercuti ke Xinjiang jangan lupa kunjungi musium ini dan rasai sendiri pengalaman ini. Bukan mudah nak dapat peluang macam ini.
Sumber: Global Times
Luar biasa kemahiran Cef Amaury ini.
5 Karya Seni Pastri Coklat Chef Amaury
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
https://www.youtube.com/watch?v=3eyqEtZkcBs/embed]