Tugas ibu di rumah tidak terhenti dengan penjagaan anak-anak sahaja. tetapi meliputi semua; daripada bab penjagaan makanan hinggalah urusan kehidupan anak-anak.
Seorang ibu yang suka memasak pastinya akan sentiasa mencari-cari tip dan petua bagi memudahkan urusan memasak mereka selain daripada mahukan agar menu yang anak-anak terima berkhasiat untuk mereka.
Peka dengan keadaan itu, seorang tukang masak, Ayue Jalal berkongsi 17 tip dan petua yang sangat berguna untuk ibu-ibu di dapur.
1. Elak pedih mata semasa kupas bawang merah: Rendam bawang dalam air garam sekitar 5 hingga 10 minit terlebih dahulu.
2. Elak ikan goreng melekat kat kuali: Panaskan minyak, goreng 2 atau 3 keping asam keping sebelum menggoreng ikan (minyak tak akan terpercik).
3. Sambal merah sedap dan cantik. Masak lada dalam masa lama dan gunakan gula merah.
4. Nak masak rendang: Gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar akan buat makanan lebih cepat basi.
5. Cara kurangkan masin pada makanan: Letak kentang sehingga masak.
6. Tomato tak cepat busuk atau lembik: Simpan tomato dalam bekas bertutup dan jangan basuh (nak masak baru basuh).
7. Daging cepat empuk: Rebus sudu besi kecil dalam rebusan daging.
8. Timun rangup untuk jelatah: Potong timun dan rendam ke dalam air kapur sirih, kemudian bilas. Kesannya timun tetap rangup walaupun disimpan lama.
9. Elak nasi cepat basi: Cuci beras bersih-bersih, letak 2 ke 3 cubit garam. Untuk elak nasi mentah renjiskan air garam ke atas nasi dan gaul nasi dan tutup sehingga berwap.
10. Tauge kekalkan segar: Rendam dalam air garam dan simpan dalam peti ais.
11. Kupas telur rebus: Sejukkan telur dengan merendam ke dalam ais batu, kemudian kulit akan lebih mudah dikupas.
12. Ayam goreng lebih sedap: Tumbuk lumat 2 ke 3 ulas bawang putih untuk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit. Masak sehingga garing.
13. Ayam goreng lebih rangup: Goreng ayam dengan minyak yang sudah diperah dengan sebiji asam limau nipis.
14. Nasi lemak cepat masak: Masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal dimasak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak.
15. Tauhu lebih tahan lama: Rendam tauhu dalam air panas sampai air sejuk, kemudian simpan di dalam peti ais.
16. Pekatkan kuah sup yang cair: Masukkan kentang rebus yang dilecek.
17. Tajamkan mata pisau mesin kisar: Kisarkan garam biasa di dalam blender beberapa minit setiap bulan.
Mudah kan? Bolehlah selepas ini kita amalkan agar kerja-kerja di dapur menjadi lebih mudah dan cepat.
Selamat mencuba!
Sumber: Ayue Jalal
Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B1Gn5DUlqO4/