7 Makanan Wajib Cuba Jika Berkunjung Ke Kelantan

Dimonopoli hampir 93% oleh orang Melayu, negeri Kelantan terkenal dengan makanan dan kuih muih yang sedap dan mempunyai nama yang agak pelik.

Ada sesetengah makanan turut berada di Terengganu, namun ia masih berbeza kerana rasa makanan Kelantan memang berbeza dengan rasa makanan Terengganu.

1. Mee Chambol

Mee Chambol merupakan salah satu makanan yang terdapat di kawasan Pengkalan Kubor, Kelantan. Hampir sama dengan mi sup, yang memberikan rasa istimewa pada mi ini ialah isinya, iaitu bebola , telur puyuh, udang tepung dan macam-macam lagi.

Ada tiga jenis mi yang biasa digunakan untuk menu Mee Chambol iaitu mi kuning, mihun dan me patthai (mi yang popular di Thailand).

Makanan Wajib Cuba Kelantan 5

2. Kuzi Ayam Kelantan

Kuzi merupakan sejenis lauk bergulai yang terkenal di Kelantan dan sering dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri. Rasanya lemak manis dan rempah yang tidak kuat seperti kari kurma dan selalu diletakkkan kacang badam serta kismis.

Sesuai dimakan bersa,a nasi, roti jala dan roti keping biasa, Kuzi Ayam ini menjadi hidangn sinonim pada Hari Raya Aidilfitri.

Makanan Wajib Cuba Kelantan 4

3. Nasi Tumpang

Nasi Tumpang merupakan nasi lembik seperti nasi himpit yang dibungkus di dalam daun pisang berbentuk kon yang paling senang dijumpai di Pasar Siti Khadijah.

Diserta beberapa jenis lauk di dalamnya mengikut susunan seperti sambal udang, serunding, gulai lemak ayam dan sayur, anda boleh merasai lauk yang berbeza di setiap suapan Nasi Tumpang ini.

Makanan Wajib Cuba Kelantan 3

4. Sang Guppal

Dengan rasa yang sedap, kuih Sang Guppal ini hanya boleh didapati dengan mudah di Kelantan. Sang Guppal ini merupakan kuih biji sagu yang berkuahkan santan lemah. Sagu digumpalkan dan diisikan dengan kacang merah. Juga terdapat di Terengganu, kuih Sang Guppal ini tiada beza yang ketara dengan di Terengganu.

Makanan Wajib Cuba Kelantan 2

5. Nekbat Sira

Hampir sama seperti bahulu, ada yang memanggil kuih ini sebagai bahulu masak merah kerana disira dengan air gula dan daun pandan.

Untuk tahu resipi Nekbat Sira, anda bolehlah lawati laman INI.

Resepi Nebat
Sumber: Berita Harian

6. Akok

Akok memang sangat sinonim dengan negeri Kelantan. Sangat popular terutamanya pada bulan ramadan, terdapat dua jenis akok iaitu Akok Kheddut (akok kecil dan berkedut) dan Akok Bunga (saiz lebih besar seakan sebiji kek).

Makanan Wajib Cuba Kelantan

7. Ayam Percik Kelantan

Ayam Percik Kelantan berbeza dengan ayam percik lain kerana kuahnya yang berwarna putih. Dengan rasa lemak-lemak dan ‘smoky’ Ayam Percik Kelantan sedap dimakan bersama nasi atau pun diratah.

Makanan Wajib Cuba Kelantan 1

Ke Kelantan memang rambang mata nak makan apa sedap hidangannya semua sedap-sedap dan menyelerakan. Jadi ini senarai tujuh menu wajib cuba jika anda ke Kelantan.

Selamat mencuba!