Tak Perlu Beli Sardin Tin, Ini Cara Hasilkan Sardin Secara ‘Homemade’

Antara menu makanan yang mudah dimasak ialah hidangan sardin dalam tin. Seisi keluarga pasti menyukainya lebih-lebih lagi apabila disajikan dengan nasi panas-panas.

Sememangnya nikmat hidangan sardin ini tetapi apabila terkenangkan penularan risiko sardin dalam tin membantutkan kita untuk memakan hidangan ini. Tapi, jangan risau kerana boleh juga buat sardin sendiri seperti yang dijual. Sekali cuba, pasti anda tidak pandang untuk membeli sardin dalam tin.

Cara menghasilkan sardin homemade yang ditunjukkan ini menggunakan periuk tekanan udara atau lebih dikenali sebagai pressure cooker. Lebih cepat dan mudah.

Bahan-bahan:

10 ekor ikan selayang/ sardin (bersihkan buang kepala dan ekor)
2 sudu cili giling
Asam keping
Gula dan garam

Bahan kisar:

8 biji tomato dikisar/ tomato puree
2 biji bawang besar
1 labu bawang putih

Sardin Homemade
Sumber: Very Good Recipes


Cara menyediakan:

1. Buka suis pressure cooker anda, tekan bake (untuk menumis). Masukkan minyak dan bahan kisar untuk ditumis. Kemudian masukkkan cili giling dan kacau sebati.

2. Masukkan ikan, asam keping kemudian perasakan dengan garam dan gula.

3. Tutup dengan penutup pressure cooker, Halakan valve ke seal. Tekan bean/ tendons dan masak sehingga 50 minit. Apabila sudah masak, halakan dahulu valve ke exhaust untuk keluarkan wap. Sedia untuk dihidangkan!

Lebihan sardin itu, biarkan ia betul-betul sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas kering dan simpan di dalam peti sejuk. Sardin boleh tahan dalam 2-3 minggu.

Selamat mencuba!