Cawangan Premis Ah Cheng Laksa Tiada Sijil Halal – JAKIM

Isu makanan halal sentiasa mendapat perhatian masyarakat terutamanya dalam kalangan masyarakat Muslim dunia. Sebagai contoh di Malaysia, isu ini sentiasa dibangkitkan kerana penduduk di Malaysia majoritinya terdiri daripada yang beragama Islam.

Baru-baru ini, timbul isu bahawa premis makanan Ah Cheng Laksa menggunakan campuran darah babi ke dalam laksa mereka. Perkara ini telah menimbulkan kegusaran kepada pelanggan yang pernah menikmati laksa di sini terutamanya dalam kalangan pelanggan Muslim.

Status Halal Ah Cheng Laksa

Sedar dengan kegusaran itu, pihak JAKIM Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan semalam di laman Facebook mereka iaitu Bahagian Hab Halal, JAKIM.

Untuk makluman anda, premis makanan ini masih belum memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, namun central kitchen yang didaftarkan atas nama Ah Cheng Laksa Sdn Bhd di Taman Perindustrian USJ 1, Subang Jaya, Selangor telah dipersijilkan halal.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2787251964626968&id=174302382588619&__xts__[0]=68.ARD3xcrgvW9W2pxtWCqCrvJaXZqRwzlJOepj_yPKsJJj9GlVmJHfBhhA1PIYRv9In_H-erD285qhC2NSdwUNMSEZ3DaG2srmIBKsV0_a5eQgzf7VLk6JHABT6MCtF97griZgNKttcQqACgBdISFwKDa9-SglDffK87ZOBwnqSL7xvWkUan0ntUOp–DOZXey0Af4CCMnO328-bbYv4BaG2lwtIJJAf10Mhq3lOOok_vhvHCx_aRoxQbD3-M0q-ws1rVpOS-wtOyj3W1dLp_kxXtRZ1P4rOYolnGkXRg-2EZM9IYsIrFCdRXDHmqVasUD5I7Giiuez_XGBOkdczi4d1AMhA&__tn__=-R

Namun begitu, pensijilan halal yang diperoleh tidak bermakna seluruh rangkaian premisnya dipersijilkan halal kerana bagi permohonan premis makanan berangkai, ada beberapa syarat khusus yang perlu mereka penuhi.

JAKIM turut mengalu-alukan premis makanan tersebut memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk seluruh rangkaian premisnya agar kekeliruan ini dapat diatasi serta menyarankan pengguna Muslim untuk mengutamakan produk atau premis makanan yang telah mempunyai sijil halal yang diiktiraf.

Status Halal Ah Cheng Laksa 2

Ini kerana, dengan sijil tersebut, bukan sahaja status halal produk atau premis dijamin tetapi bahan yang digunakan turut suci, bersih dan selamat kerana mengikut garis panduan, standard, peraturan dan perundangan yang telah ditetapkan.

Bagi mengetahui produk dan premis yang memiliki sijil halal yang diiktiraf JAKIM, pengguna bolehlah melayari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my serta di aplikasi Verify Halal atau pun hubungi Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM seperti di bawah.

📧 [email protected]
☎ 03-8892 5000/1

 

Ada apa di dasar laut Pulau Redang, Terengganu?.

Snorkeling Di Dasar Laut Pulau Redang, Terengganu

dan jangan lupa subscribe YouTube MAKANLENA.