Kedengaran agak janggal. Namun inilah yang berlaku sekarang.
Melalui platfrom dalam talian mereka iaitu airasia.com, Kumpulan AirAsia kini mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan tiket bagi syarikat penerbangan lain selari dengan transformasinya menjadi peneraju platform perjalanan dan gaya hidup.
Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes memberitahu inisiatif ini membolehkan pelanggan mendapatkan tiket mana-mana syarikat penerbangan.
Dengan kerjasama bersama kiwi.com, AirAsia melalui transformasi untuk menjadi lebih daripada sekadar syarikat penerbangan malah membolehkan pelanggan menempah perjalanan dari lebih 100 syarikat penerbangan ke destinasi yang tidak dikendalikan AirAsia termasuklah ke Eropah, Australia, New Zealand, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.
Sempena pelancaran tersebut, AirAsia menawarkan tambang promosi termasuk semua ke Madrid dari Kuala Lumpur, bangkok, Jakarta dan Sydney dari hanya RM99 bermula hari ini untuk perjalanan segera hingga 31 Mac 2020.
Dengan kerjasama tersebut, AirAsia bukan hanya menjual tiket penerbangan, tetapi juga akan menjual tiket bas, kereta api dan sebagainya.
Sumber: Berita Harian