Suka ‘Claim’ Makanan Malaysia, Tonton Video Lelaki Ini ‘Troll’ Singapura

Isu perdebatan tuntutan makanan adalah antara isu yang seringkali dibangkitkan terutamanya jika berkait dengan negara jiran seperti Singapura dan Indonesia.

BACA: 5 Jenis Makanan Kontrovesi Malaysia Yang Sering Dituntut Hak Oleh Indonesia

Jika dahulunya, Singapura menuntut bahawa cendol merupakan pencuci mulut yang berasal dari mereka menurut media berita CNN, kini Singapura tampil sekali lagi menuntut bahawasanya Yee Sang merupakan makanan mereka.

Singapura Claim Makanan Malaysia 2

Menurut sejarah dari buku ‘A Toss of Yee Sang’, makanan Cina ini mula diperkenal oleh seorang imigran Cina, Loke Ching Fatt yang menetap di Seremban pada tahun 1920-an.

Memulakan perniagaan katering, Ching Fatt memperkenalkan versi beliau yang telah menjadi salah satu makanan tradisi semasa sambutan Tahun Baharu Cina sejak 1950-an.

Singapura Claim Makanan Malaysia 4

Tetapi BBC telah menuntut bahawa Yee Sang adalah hasil masakan empat orang cef Singapura pada tahun 1964 yang pada awalnya dibawa ke Singapura oleh seorang imigran China pada tahun 1930-an.

Bosan dengan situasi isu tuntutan yang tidak pernah habis ini, seorang lelaki tampil dengan idea kreatif dengan menggunakan watak Mary Poppins (Mak CIk Poppins) bagi ‘menyindir’ mereka.

Tonton video penuh di pautan bawah.

https://www.facebook.com/stevenboneseverything/videos/366825337243155/?v=366825337243155