Pahang Cadang Laksana Cukai Katil Kepada Pelancong Mulai Tahun 2020

Melihat perkembangan kedatangan pelancong iaitu seramai 8.3 juta pelancong direkodkan mengunjungi daerah Bentong tahun lalu, kerajaan negeri Pahang ingin memperkenalkan kutipan cukai kerjaan tempatan bagi perkhidmatan penginapan seperti bilih atau katil mulai tahun 2020.

Menurut Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, Bentong direkodkan lokasi pelancongan tertinggi di Pahang berikutan adanya destinasi tanah tinggi seperti Genting Highlands dan Bukit Tinggi.

Lokasi kedua tertinggi ialah di Kuantan dengan melibatkan seramai 2.4 juta pelancong manakala Cameron Highlands mencatatkan sekitar 1.4 juta pelancong seterusnya Maran (8,304 orang). Turut tersenarai destinasi di Janda Baik kerana mempunyai banyak resort berkonsepkan alam semula jadi.

Pahang Cukai Katil
Sumber: Dunia Anakku

Dengan kesemua data yang diperoleh dalam sektor pelancongan negeri itu sama ada di hotel atau inap desa, kerajaan Pahang ingin mengenakan cukai berkenaan kepada pelancong.

“Pengenalan cukai bilik atau katil itu dilaksanakan bagi mengikuti langkah yang dibuatnya oleh kerajaan Melaka dan Pulau Pinang.

“Bagaimanapun kadar yang akan dikenakan masih dalam perbincangan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian