Taman Tema Pokemon Bakal Dibuka Di Jepun Tidak Lama Lagi

Sebuah taman tema baru Pokemon berkonsepkan alam semula jadi bakal dibuka di Jepun pertengahan Julai nanti.

Ini merupakan satu berita gembira buat peminat Pokemon di seluruh dunia. Pasti ramai yang dah tak sabar nak bermain-main sambil menangkap Pokemon di situ nanti, kan?

Tetapi, sebelum ada yang dah seronok dan berangan-angan nak naik roller coaster, merrry-go-round, ferris wheel bersama-sama Pikachu, Charizard atau Mewtwo, perlu diingatkan bahawa taman tema ini bukanlah yang berkonsep sebegitu.

Foto ©2021 Pokémon. ©1995-2021 Nintendo,Creatures Inc.,GAME FREAK Inc.
– Foto ©2021 Pokémon. ©1995-2021 Nintendo/Creatures Inc./GAME FREAK Inc.

The Pokemon Company telah mengumumkan sebuah taman tema yang diberi nama Pokemon Wonder, akan dibuka di sebuah taman hutan semulajadi seluas 48,000 kaki persegi.

Tarikan utamanya nanti sudah tentulah Pokemon yang dapat ditemui di dalam kawasan habitat semulajadi masing-masing.

Ya, betul. Ini bukan taman tema hiburan tradisional yang biasanya menyediakan permainan dan tunggangan bersama-sama dengan maskot popular, tetapi sebuah taman yang terletak di dalam hutan yang luas dan tidak pernah disentuh selama 20 tahun!

Foto ©2021 Pokémon. ©1995-2021 Nintendo,Creatures Inc.,GAME FREAK Inc.
– Foto ©2021 Pokémon. ©1995-2021 Nintendo/Creatures Inc./GAME FREAK Inc.

Di sana nanti, para pengunjung dapat menjelajahi hutan dan mencari Pokemon buatan tangan yang diperbuat dari bahan-bahan semulajadi seperti daun-daun dan biji-biji tumbuhan.

Berbeza dengan sebelum ini, iaitu taman tema hiburan Pokemon yang pertama – PokePark yang dibuka pada tahun 2005 di Jepun dan di Taiwan pada tahun 2006, Pokemon Wonder lebih berkonsepkan pengembaraan bersama alam semulajadi.

Foto ©2021 Pokémon. ©1995-2021 Nintendo,Creatures Inc.,GAME FREAK Inc.
– Foto ©2021 Pokémon. ©1995-2021 Nintendo/Creatures Inc./GAME FREAK Inc.

Terletak di belakang taman hiburan terbesar di Tokyo iaitu Yomiuriland, lokasinya di bandar Inagi hanya kurang 30 minit sahaja dari Shinjuku.

Baca juga: Keunikan Shibuya Crossing Di Tokyo Yang Ramai Tidak Tahu

Pengunjung dari golongan dewasa dan kanak-kanak boleh sama-sama turut serta dalam pengembaraan mencari Pokemon yang melibatkan banyak petunjuk tersembunyi dan misteri alam yang perlu diterokai.

Seperti juga taman tema Poke Park yang dibuka semata-mata untuk dijadikan bahan promosi Pokemon baru versi Diamond dan Pearl, Pokemon Wonder yang akan dibuka ini juga adalah untuk masa yang terhad sahaja.

Foto ©2021 Pokémon. ©1995-2021 Nintendo,Creatures Inc.,GAME FREAK Inc.
– Foto ©2021 Pokémon. ©1995-2021 Nintendo/Creatures Inc./GAME FREAK Inc.

Menurut The Pokemon Company, taman tema Pokemon ini akan mula beroperasi di Jepun mulai dari 17 Julai 2021 hingga 3 April 2022 sahaja.

Cepat! Yang dah bosan main Pokemon Go tu, kalau berkesempatan, bolehlah ke Pokemon Wonder untuk tangkap Pokemon ‘betul-betul’!

Sumber: Kotaku