Diskaun Tiket Dan Baucar Istimewa Taman Tema Untuk Individu Lengkap Vaksin 31 Ogos Ini

Individu yang telah menerima 2 dos suntikan vaksin lengkap ditawarkan diskaun hebat tiket dan baucar istimewa taman tema sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA) menawarkan diskaun tiket dan baucar istimewa tersebut di semua taman tema dan pusat hiburan keluarga serta taman permainan milik ahli MATFA kepada individu lengkap vaksin pada 31 Ogos ini.

Dalam satu kenyataan, MATFA memaklumkan pemberian tawaran dan diskaun bernilai RM640,000 itu merupakan salah satu usaha persatuan itu untuk menzahirkan semangat kenegaraan sempena sambutan Merdeka.

Baca juga: Taman Tema Pokemon Bakal Dibuka Di Jepun Tidak Lama Lagi

Pemberian diskaun ini juga merupakan sokongan terhadap saranan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi kelonggaran sekatan pergerakan kepada individu yang telah menerima vaksin lengkap.

Sebelum ini, Presiden MATFA, Tan Sri Richard CK Koh, turut mengemukakan cadangan bagi memulihkan semula sektor pelancongan menerusi sepucuk surat yang diutuskan kepada Perdana Menteri pada 19 Julai lalu.

Foto SunwayLagoon.com
– Foto SunwayLagoon.com

Antara lain MATFA telah mencadangkan supaya Pelan Pemulihan Negara (PPN) disusun semula kerana industri pelancongan hanya dibenarkan beroperasi seawal Oktober 2021.

Sistem kawalan pintu masuk yang selamat dan berkesan akan menjadi sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dititikberatkan apabila taman tema dibuka kepada umum kelak.

Baca juga: Walaupun Pandemik COVID-19 Belum Berakhir, ‘Avengers Campus’ Tetap Akan Dibuka Pada 4 Jun Ini

SOP yang bersepadu iaitu penggunaan sepenuhnya aplikasi MySejahtera, hanya membenarkan pengunjung berisiko rendah dan penerima vaksin lengkap dibenarkan masuk ke dalam premis, serta pelaksanaan peraturan sedia ada seperti penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka akan diteruskan,” menurut kenyataan dari MATFA.

Kerjasama dengan Kementerian Pelancongan untuk mempercepatkan proses pengagihan vaksin lengkap kepada pekerja taman tema, pusat hiburan keluarga dan taman permainan turut diteruskan oleh MATFA.

Mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 yang dikemaskini pada 6 Julai 2021, produk tarikan pelancong awam seperti zoo, farms, akuarium, pusat edutainment, extreme adventure, nature parks dan lain-lain adalah termasuk dalam senarai aktiviti yang tidak dibenarkan.

Ini termasuklah pembukaan taman tema, pusat hiburan keluarga, indoor playground dan karaoke termasuk karaoke keluarga yang tergolong dalam kategori aktiviti pelancongan dan kebudayaan yang tidak mendapat kelulusan untuk beroperasi.

Sumber: Harian Metro