GrabFood Naikkan Caj Penghantaran Hingga RM9

GrabFood, antara perkhidmatan hantaran makanan yang sering digunakan rakyat Malaysia mengumumkan syarikat itu menaikkan kos penghantaran makanan daripada RM5 hingga RM9 bagi setiap pesanan bermula hari ini.

Hal ini disebabkan GrabFood cuba mengembangkan kawasan perkhidmatan mereka agar pelanggan boleh memesan dari pelbagai restoran. Justeru, jarak perjalanan jauh perlu dipertimbangkan yang perlu ditempuhi penghantar GrabFood.

Selain itu, Grab juga menghentikan semua pelan langganan bulanan dan Pelan Deluxe GrabFood bermula 13 Disember ini. Pelan GrabFood Deluxe menawarkan 15 penghantaran percuma, tiga kupon RM10, dan baucer diskaun 40%, dan kesemua tawaran ini akan dihentikan.

GrabFood Naik Caj Penghantaran RM9
Sumber: The Straits Times

Walau bagaimanapun, pelanggan semasa masih boleh memperbaharui pelan mereka untuk kali terakhir dan ditawarkan kupon diskaun 50%.

Peningkatan caj penghantaran ini, Grab menyatakan bahawa ia hanya sementara kerana masih menilai semula keperluan pelanggan.

Sumber: The Star