Pemilik Sos AminahHassan Akhirnya Tampil Beri Penjelasan Ke Mana Hilangnya Produk Mereka

Setiap rumah pasti ada pelbagai jenis sos daripada pelbagai jenama seperti Kimball, Saji, Maggi, Jalen, Puteri dan banyak lagi.

Sebahagian daripada anda, pasti pernah memiliki sos jenama AminahHassan ketika kecil dahulu bukan? Semakin dewasa, kita juga akan tertanya ke manakah hilangnya sos jenama yang boleh dikatakan lejen ini?

Sepanjang ‘kehilangan’ jenama sos ini di pasar raya, ada khabar mengatakan sos ini telah dimiliki bangsa asing dan dijual di syarikat lain selepas pengasasnya meninggal dunia. Akibat daripada kahabar angin itu, produk ini tidak mendapat sambutan dan terpaksa ditutup operasi kerana mengalami kemerosotan.

Terkini, syarikat sos AminahHassan tampil memberi penjelasan menafikan hal tersebut. Syarikat itu menegaskan mereka tidak pernah dibeli pihak lain sebaliknya hanya menghentikan operasinya seketika.

“Syarikat ini tidak pernah dijual atau dibeli oleh sesiapa. Pada satu ketika ia terpakasa memberhentikan operasinya kerana mengalami kemerosoton jualan. Ia berpunca dari kabar angin dakwaan yang mengatakan ia adalah hak milik bangsa asing dan juga ia sudah dijual kepada syarikat lain.

“Akibat itu produk jualan kami tidak mendapat sambutan. Kami sangat terkesan dengan berita – berita palsu tersebut,” kenyataan ditulis di Facebook rasmi AminahHassan.

Menyingkap sejarah perniagaan, bermula dengan perniagaan kicap dan sos secara kecil-kecilan di Kampung Merdeka, Batu Pahat pada 1966, perniagaan makanan itu berkembang maju sebelum Allahyarham membuka kilang pengeluaran di Jalan Kapar, Klang. Kemudian, diusahakan sendiri oleh anak-anak Allahyarhamah Hajjah Aminah dan Allahyarham Haji Hassan sendiri sehingga kini.

Kehilangan sos AminahHassan di kebanyakan pasar raya besar membuatkan pengguna setia tertanya di manakah untuk mencari kembali sos syarikat ini. Justeru, syarikat Aminah Hassan bangkit dengan semangat dan nafas baharu untuk membangunkan semula perusahaan ini kembali demi memenuhi semula permintaan peminat-peminat AminahHassan.

Pemilik Sos Aminah Hassan Kembali
Sumber: Fb Aminah Hassan

Bermula dengan sos cili, AminahHassan telah menghasilkan lebih banyak produk termasuk sos tomato, sos tiram, sos kacang dan sos lada hitam. Jika anda tercari-cari di manakah untuk mendapat sos dari AminahHassan, boleh ke laman Facebook di pautan ini untuk melihat lokasi kedai berdekatan anda.

Sumber: Aminah Hassan