Jangan Ikut Trend, Cenderamata Snek Jepun Ini Tak Halal Tapi Sering Dibeli Pelancong Muslim

Perkara menarik apabila melancong ke Jepun selain barangan yang sukar/ tiada di Malaysia, dan hidangan unik, turut menjadi perhatian ialah makanan ringan di sana. Makanan ringan atau snek mereka dibungkus cantik membuatkan kita tidak teragak untuk membelinya.

Namun, sebelum anda membelinya, terlintas tidak akan status halalnya? Seorang pengguna Twitter, Aidanurariza berkongsi memberi nasihat kepada netizen bahawa cenderamata makanan yang popular di Jepun seperti Tokyo banana didakwa tidak halal namun sering dibeli oleh pelancong dari negara ini.

“Antara souvenirs (cenderamata) yang ramai saya nampak Melayu beli tadi tak halal terutama Tokyo banana. Dah banyak kali tegur ‘Malay tourists’ dia lapangan terbang pasal ni tapi ramai beli jugak,” ciapnya.

Toko Banana Tidak Halal
Sumber: Twitter
Snek Jepun Tidak Halal
Sumber: Twitter

Selain Tokyo banana, makanan ringan popular yang turut dibeli pelancong Muslim seperti Kitkat Jepun dan shiroi koibito. Aidanurariza juga menampilkan beberapa keterangan berkaitan kandungan produk Tokyo banana yang mengandungi arak dan gelatin.

Menerusi perkongsian ini, ramai netizen yang baru mengetahui status halal produk itu dan ada juga yang sudah pernah merasainya.

Justeru, sebagai seorang Muslim sentiasalah berhati-hati dan selidik dahulu apabila membeli sesuatu produk dari luar negara serta jangan terlalu mengikut trend sehingga mengabaikan perkara yang diharamkan.

Sumber: Aidanurariza