Tular Di Jepun, Cara Masak Nasi Bersama Ayam Goreng Tepung Ini Menarik Untuk Dicuba

Istilah hidangan nasi ayam setiap negara berbeza seperti di Malaysia, nasi ayam terdapat dua versi iaitu versi Melayu (ayam digoreng selepas direbus) dan versi Cina (ayam direbus).

Bagaimana jika nasi dimasak dengan ayam goreng tepung? Ia adalah nasi yang dimasak dalam periuk nasi dan diletakkan bersama dengan ayam yang sudah dimasak. Teknik unik dan kreatif ini telah mendapat perhatian netizen Jepun dan sememangnya mudah untuk dicuba.

Resipi ini semestinya sangat berguna untuk pelajar dan mereka yang bujang kerana ringkas dan cepat.

Resipi Nasi Ayam Goreng Jepun
Sumber: GetNews

Nasi Ayam Goreng Tepung Cara Unik Orang Jepun

1. Gunakan apa-apa beras, basuh seperti biasa dan masukkan ke dalam periuk nasi (rice cooker). Masukkan air seperti yang anda selalu masak kemudian masukkan ayam goreng tepung atau apa-apa ayam goreng dari restoran segera di atasnya. Tambah sedikit kicap cair dan stok ayam untuk rasa yang lebih padu.

Resipi Nasi Ayam Goreng Jepun
Sumber: GetNews

2. Selepas nasi sudah masak, buka periuk nasi dan ambil ayam tadi untuk asingkan isi ayam dengan tulang.

Resipi Nasi Ayam Goreng Jepun
Sumber: GetNews

3. Kemudian, gaulkan isi ayam dengan nasi. Untuk lebih membangkitkan selera, perasakan dengan garam dan lada hitam sebelum makan.

Resipi Nasi Ayam Goreng Jepun
Sumber: GetNews

Rempah dari ayam goreng tepung itu telah diserap ke dalam nasi membuatkan rasanya lebih lazat. Tapi, bergantung kepada bahagian ayam mana yang dimasak itu.

Jika hidangan ini terasa terlalu ringkas, boleh variasikan hidangan dengan menambah sedikit halia, bawang putih yang dicincang dan buah tomato.

Selamat mencuba!

Sumber: GetNews