Kaki Wayang Kini Boleh Dapatkan ‘Popcorn Bucket’ Dan Tumbler Isian Semula Serendah RM5.90 Di TGV

Aktiviti hujung minggu atau ingin melepaskan tekanan yang mudah dibuat antaranya adalah dengan menonton wayang. Apabila pergi menonton wayang, pastinya kita membeli snek yang disediakan pihak pawagam sebagai kudapan ketika menonton.

Atas usaha untuk menghijaukan Bumi, TGV menawarkan dua produk khas iaitu popcorn bucket dan tumbler yang mana boleh isi semula popcorn dan minuman anda.

Jadi, setiap kali anda pergi menonton wayang di mana-mana cawangan TGV, hanya perlu bawa popcorn bucket dan tumbler sahaja untuk mengisi semula popcorn dan minuman kegemaran anda serendah RM5.90!

Boleh membuat pengisian semula pada bila-bila masa sepanjang tahun!

Jika anda ahli TGV Movie Club:

Kombo isian semula: RM5.90
Ala carte popcorn: RM4.90
Ala carte minuman: RM1.90

Bukan ahli:

Kombo: RM7.90
Ala carte popcorn: RM6.90
Ala carte minuman: RM2.90

*Popcorn yang disediakan sah untuk hollywood popcorn sahaja dan promosi ini tamat pada 29 Februari 2020.

TGV Bucket Popcorn Tumbler Serendah RM5.90
Sumber: TGV

Untuk mendapatkan popcorn bucket dan tumbler isian semula ini perlu ke cawangan TGV berdekatan anda dengan hanya RM29.90 sahaja dan anda boleh menikmati isian semula seterusnya pada harga yang tertera di atas. Jimat bukan?!

Maklumat lanjut boleh ke pautan ini.