Henti Penggunaan Straw Kertas, Tealive Perkenal Barisan Bekas Minuman ‘Go Green’

Sentiasa maju ke hadapan dengan mendengar pendapat serta cadangan daripada para pelanggan, Tealive sekali lagi membawa idea segar buat peminat mereka.

Jika sebelum ini Tealive menggunakan straw kertas bagi menggantikan straw plastik, yang terbaharu mereka memperkenalkan barisan cawan dan tumbler untuk konsep ‘mesra alam’.

Tumbler Tealive

https://www.instagram.com/p/B8RHz2xjfxi/

 

Menjadi jenama teh boba yang pertama di Malaysia dengan inisiatif ini, dua tumbler yang boleh didapati dalam warna biru dan merah jambu ini merupakan siri Tealive Eco ‘Tealive x OneCup‘ yang diperbuat daripada material eco glass.

https://www.facebook.com/tealiveasia/posts/803179063495548

Boleh didapati bermula Jun ini, masih tidak dapat dipastikan berapa kos yang perlu pelanggan labur demi mendapatkan barisan bekas minuman ini serta sama ada harga minuman akan dikurangkan atau pun tidak.

Tumbler Tealive 2

Nantikan pengumuman lanjut daripada Tealive dalam masa terdekat ini.