Guna Akaun KWSP, Ini Cara Mudah Daftar Haji Tanpa Perlu Deposit RM1,300 Di Tabung Haji

Salah satu impian terbesar yang ada dalam diri setiap yang bergelar Muslim ialah menjejakkan kaki ke tanah suci.

BACA: Jemaah Haji Dan Umrah Kali Pertama Dikecualikan Daripada Levi Pelepasan Udara

Ramai daripada kita ingat, jika mahu menempah giliran 25 tahun akan datang untuk ke sana bagi melakukan ibadah haji perlu menggunakan akaun simpanan Tabung Haji dengan kadar sebanyak RM1,300.

Tony Taja Pelajar
Sumber: Web Haji

Namun jika terusik simpanan RM1,300 ini memang terpaksalah melupakan giliran yang sudah ditempah itu.

Tetapi, tahukah anda pendaftaran boleh dilakukan dengan menggunakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)?

Nak tahu caranya?

Mudah sahaja, pergi sahaja ke Tabung Haji untuk lakukan pendaftaran.

Cara ini lebih mudah dan selamat kerana ‘tempahan’ giliran ini menggunakan simpanan di Akaun 1 yang hanya boleh disentuh sampailah mencapai umur bersara.

Selamat mendaftar!

Sumber: Najmi Nawawi