Terkenal Dengan Menu RM3, Premis Anuar Kari Kepala Ikan Bangsar Diarah Tutup Operasi

Premis Anuar Kari Kepala Ikan sangat terkenal sebagai lokasi makan bajet di Bangsar kerana menawarkan menu serendah RM3 kepada pelanggan.

10 Februari lalu, premis berkenaan telah menerima notis perintah penutupan daripada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya selepas didapati berada dalam keadaan kotor dan tidak disucikan sehingga boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.

Anuar Kari Kepala Ikan Kotor

Premis berkenaan telah diberi tempoh masa 14 hari bermula 10 Februari hingga 24 Februari ini untuk kerja-kerja pembersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Sumber: Astro Awani