Selain Pulau Pinang, Kedah Juga Ada ‘Port’ Bergambar Seperti Di Bali

Sejak tular destinasi menarik seakan di Bali yang berlokasi di Homestay Kampong Agong Bakar Kapor, Pulau Pinang, semakin ramai yang tidak melepaskan peluang mengunjungi kawasan berlatarbelakangkan pemandangan sawah padi itu.

Mana tidaknya, port bergambar di situ amatlah cantik dan sama menarik di Bali. Antara tarikan bergambar yang anda di sini adalah di piano putih, buaian tergantung ala ‘sarang burung’, hammock di tepi bendang dan gazebo seperti rumah kampung.

Tapi bukan Pulau Pinang sahaja ada destinasi seperti ini, di Kedah juga turut ada!

Terletak di Alor Setar, Kedah, Ladang Madu Kelulut Ori Dukun Jaya ada tarikan tersendiri untuk menarik pengunjung. Amat sesuai untuk mereka yang ‘kaki bergambar’ kerana di sini juga terdapat port ala ‘sarang burung’ berlatarbelakangkan sawah padi dan Gunung Keriang.

Discover Alor Setar

Port Bergambar Seperti Di Bali
Sumber: Discover Alor Setar

Datang ke sini, semoleknya belilah madu di sini dan barulah bergambar sakan di setiap tempat yang disediakan. Ladang ini beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula jam 9 pagi hingga 7.30 malam.

Port Bergambar Seperti Di Bali

Port Bergambar Seperti Di Bali

Port Bergambar Seperti Di Bali

Sumber: Discover Alor Setar