Cipta Sejarah Di Oscar, Lokasi Penggambaran ‘Parasite’ Jadi Tumpuan Pelancong

Berjaya mencipta sejarah di Oscar, filem Parasite menjadi sebutan masyarakat global.

Susulan kejayaan besar filem ini, lokasi penggambaran filem ini dibanjiri dengan pelancong yang masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk merakankan gambar kenangan.

Lokasi Penggambaran Filem Parasite Tumpuan Pelancong 7

Antara yang paling mendapat perhatian ialah lokasi restoran piza yang kini dikatakan meningkat jualannya sehingga dua kali ganda.

Hanya boleh memuatkan 10 orang pelanggan dalam satu-satu masa, rata-rata daripada pelancong yang datang tidak melepaskan peluang untuk merasai keenakan dan keunikan piza di situ.

Melihat fenomena itu, kerajaan Korea Selatan tidak melepaskan peluang dengan mula mempromosikan filem Parasite sebagai produk pelancongan mereka dengan penekanan pada empat lokasi penggambaran, iaitu:

1. Sky Pizza

Lokasi Penggambaran Filem Parasite Tumpuan Pelancong 4

Lokasi Penggambaran Filem Parasite Tumpuan Pelancong 9

2. Pig Rice Supermarket

Lokasi Penggambaran Filem Parasite Tumpuan Pelancong 2

3. Jahamun Tunnel Stairs

Lokasi Penggambaran Filem Parasite Tumpuan Pelancong 6

Lokasi Penggambaran Filem Parasite Tumpuan Pelancong 5

4. Doaejissal Corner Store, Mapo District

Lokasi Penggambaran Filem Parasite Tumpuan Pelancong 1

Lokasi Penggambaran Filem Parasite Tumpuan Pelancong 8

Mendapat perhatian ramai, ada sebilangan penduduk tempatan meluahkan kerisauan jika tumpuan yang diberikan akan merosakkan keharmonian di sana.

Sebelum Parasite, beberapa lokasi filem Korea Selatan yang turut mencipta fenomena juga menjadi tumpuan pelancong ke sana antaranya Nami Island yang menjadi lokasi penggambaran drama Winter Sonata.

Sumber: SCMP