AirAsia X Tawar 1 Juta Tempat Duduk Percuma Ke Australia, Jepun, Korea

Syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka, AirAsia menawarkan satu juta tempat duduk pada tambang sifar bagi perjalanan ke destinasi jarak jauh seperti Australia, Jepun, Korea, Taiwan dan India.

Tambang promosi ditawarkan oleh syarikat sekutunya, AirAsia X adalah percuma, tidak termasuk cukai dan yuran.

Promosi ini merangkumi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Melbourne (Avalon), Gold Coast, Perth, Sydney, Fukuoka, Tokyo (Narita), Seoul, Busan, Taipei dan Ahmedabad.

AirAsia 1 Juta Tempat Duduk Percuma Mac 2020

Pelanggan mempunyai 72 jam untuk menempah penerbangan mereka dengan melawat airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia bermula pada hari ini, 24 Februari hingga 26 Februari 2020, bagi perjalanan antara 1 Mac 2020 dan 31 Oktober 2020.

Pelanggan yang ingin membuat penambahan seperti membuat pra-tempahan hidangan Santan atau menaiktaraf tempat duduk ke ‘Zon Senyap’ boleh berbuat demikian di pautan Tempahan Saya dengan hanya 3 langkah mudah – Tekan, Pilih dan Bayar!

Sumber: Newsroom AirAsia