Bercuti Ke Sarawak Lebih Mudah Dengan Aplikasi ‘Sarawak Travel’

Jika sebelum ini, Langkawi memanfaatkan kelebihan teknologi dengan membina aplikasi ‘My Smart City’ dan Melaka dengan aplikasi ‘Melaka eXcess’ untuk pelancongnya, kini Sarawak turut mengikut langkah sama dengan adanya aplikasi ‘Sarawak Travel’.

Aplikasi tersebut dibangunkan sebagai panduan perjalanan untuk pelancong di Sarawak dan pastinya mereka boleh mendapatkan maklumat latar belakang sesuatu tempat yang ingin dikunjungi beserta lokasi dan maklumat untuk dihubungi.

Antara lokasi menarik yang ditawarkan dalam aplikasi itu termasuk Kampung Budaya Sarawak, Fort Margherita, Rumah Mahkamah Lama, Kuching Waterfront dengan melihat imej panorama 360 darjah yang dilengkap teknologi realiti maya (VR).

Dalam aplikasi juga menawarkan para pelancong boleh merancang perjalanan berpakej dengan membuat tempahan daripada agensi pelancongan berdaftar.

Aplikasi Sarawak Travel
Sumber: Awani

“Untuk memberi pengalaman berbeza, kita perlu menggunakan apa yang kita panggil Virtual Reality (VR), realiti maya dan Augmented Reality,” ujar Ketua Menteri Sarawak.

Bagi memudahkan proses membuat tempahan, aplikasi itu juga perlu menyediakan pembayaran atas talian.

Sumber: Awani